Saturday, June 23

Kisah malam pertama-jangan cabut sampai esok..!!


Malam pertama buat sepasang pengantin baru. Si suami baru saja memadamkan lampu bilik. Selang 15 minit si isteri mengerang.

"Adui.. Sakitnya B… !”
Si suami cuba menenangkan isterinya.
"Jangan nangis baby.. Nanti mama papa dengar.. Mereka mungkin belum tidur lagi tu.."

Kebetulan bilik mama papa hanya bersebelahan kamar tidur pengantin. Si isteri masih mengerang kesakitan.

“Sakitnyerrr B………"
Kerana tidak dapat menahan sakit, si isteri terus mengerang. Si suami cuba memujuk.
"Sabar ye Baby! Tahan sikit.. Esok baru cabut."

Tanpa disedari rupanya papa mengikuti perkembangan pengantin dan terdengar anak perempuannya mengerang. Mula dia tidak peduli, biasalah malam pertama. Tapi kali ini dia sudah hilang sabar. Lantas terus dia bangun, pergi ke bilik sebelah dan terus menendang pintu bilik pengantin.
Dengan rasa geram papa memarahi menantunya.

"Apahal ni? Mati lah anak aku kalau esok baru kau nak cabut! Kau cabut sekarang!!!"

Terkejut besarlah pasangan pengantin baru. Sambil menahan sakit, si pengantin perempuan pun berkata kepada papa nya..

"Papa, takkanlah sakit gigi pun boleh mati.. Lagipun manalah ada Klinik Gigi yang buka 24 jam?"

So janganlah membuat andaian terlalu awal jika mendengar sesuatu yang mempunyai 2 maksud berbeza.Perang siber ini begitu jua siapa yang pandai bermain dengan persepsi dialah juara,Akan tetapi tumpas jua kerana sifat kita sebagai manusia yang selalu terperangkap dengan dugaan terutama melibatkan hawa nafsu.

Sekadar hiburan hujung minggu jer ye..hihihi..

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.