Friday, June 22

LIM GUAN ENG DICABAR DEDAHKAN BUKTI BN PENANG SELEWENG?


Kepimpinan Barisan Nasional Pulau Pinang mencabar Lim Guan Eng serta DAP supaya mendedahkan bukti dalam bentuk apa saja dari segi fail dan maklumat tentang dakwaan fitnah yang menyatakan BN Pulau Pinang telah melaksanakan pembangunan dilereng bukit dari tahun 1985 hingga 2012...Guan Eng lu sudah kena cabar apa lagi tunjukkan bukti jika ada penyelewengan dari pihak BN.MKP nampak barisan kepimpinan baru ini lebih tegas dan matang dalam menjawab tuduhan pihak DAP.

Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang menggesa kerajaan negeri mendedahkan semua fail dan maklumat berhubung pembangunan lereng bukit yang dilaksanakan dari 1985 hingga 2012. 
Anggota Jawatankuasa BN Pulau Pinang, Tang Heap Seng berkata, pendedahan itu tidak sepatutnya terhad bagi tempoh 1985 hingga Mac 2008 semata-mata sekiranya kerajaan negeri benar-benar mengamalkan falsafah pentadbiran CAT (kecekapan, kebertanggungjawaban dan ketelusan). 
"Kami mengalu-alukan semakan semulanya dari 1985 hingga hari ini. Kenapakah kerajaan negeri sekarang mengamalkan pendekatan berpilih-pilih?" katanya pada sidang akhbar di sini bagi menjawab satu kenyataan oleh anggota exco negeri Chow Kon Yeow. 
Menurut laporan media, Chow, yang bertanggungjawab bagi kerajaan tempatan dan pengurusan lalu lintas, akan mendedahkan laporan teknikal mengenai 37 projek yang dilaksanakan di kawasan pada ketinggian lebih 76.2 meter, yang diluluskan antara 1985 dan Mac 2008 oleh kerajaan negeri sebelum ini. 
Dalam konteks ini, Tang berkata maklumat terperinci yang didedahkan tentang pembangunan dari 1985 hingga 2008 begitu jelas dan lengkap dengan maklumat, termasuk projek yang dicadangkan serta tarikh kelulusannya, manakala maklumat tentang projek yang diluluskan selepas April 2008 hingga Mei 2012 pula, tidak lengkap. 
Pembangunan lereng bukit menjadi perhatian ramai baru-baru ini apabila beberapa pihak mempersoal kerajaan negeri berhubung pembangunan yang memusnahkan bukit di negeri ini dan dilaksanakan tanpa mematuhi garis panduan yang jelas mengenai pembangunan lereng bukit. 
Tang berkata, kerajaan negeri juga patut menyemak semula kes yang diluluskan Lembaga Rayuan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) sejak 2008 serta dokumen dan maklumat lengkap mengenainya. 
"Difahamkan, selepas April 2008 hingga Mei 2012, terdapat 19 projek di tanah yang terletak pada ketinggian lebih 76.2 meter, yang diluluskan di bawah kategori projek khas," katanya.- BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.