Tuesday, June 26

@NAJIBRAZAK RASUAH PEMANDU TEKSI?


Belum pun selesai dengan kontroversi menghina Sultan Johor berhubung pembidaan nombor plat pendaftaran WWW 1, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini menganggap insentif berjumlah RM35 juta melalui Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1MA) yang diumumkan Perdana Menteri semalam sebagai 'satu rasuah yang amat dasyat'.


Bekas Menteri Besar Perak itu turut menyifatkan Datuk Seri Najib Razak sebagai pemimpin yang terdesak sehingga sanggup merendahkan dirinya untuk meraih undi kira-kira 70,000 pemandu teksi di negara ini.

"Ini satu rasuah yang amat dasyat. Saya cukup kesian kepada Datuk Seri Najib sebenarnya. Sampai ke tahap merendahkan dirinya pergi ke pihak 70,00 pemandu teksi. Ini satu rasuah yang terlalu jelas," katanya.

Perdana Menteri pada semalam mengumumkan baucar bernilai RM520 seorang kepada 66,538 pemandu teksi seluruh negara untuk menggantikan empat tayar di bawah inisiatif program TR1Ma.

Katanya, langkah tersebut sebagai usaha menjaga kebajikan pemandu teksi selain memastikan keselamatan para penumpang.

Nizar dalam pada itu turut mempersoalkan tindakan kerajaan Persekutuan yang sebelum ini memberi permit teksi kepada syarikat teksi sehingga menyebabkan golongan itu sukar untuk mendapat keuntungan.

Beliau menuduh syarikat teksi yang terbabit menerima permit sebelum ini adalah "kroni Umno".

"Saya berasa aneh kenapa syarikat-syarikat yang diberikan lesen, kadangkala sehingga dua atau tiga puluh lesen. Syarikat ini adalah kroni-kroni Umno," katanya lagi.

MKP Ayat Sempoi : Lahanat musibat punya Nizar nie,,,Patut dikenakan tindakan kerana suka menghina kebaikkan orang demi mencapai "Politic Millage"

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.