Wednesday, June 27

Nik Aziz ke Parlimen, KJ ganti MB Kelantan?



Utusan Malaysia hari ini membuat spekulasi bahawa Menteri Besar Kelantan Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat akan bertanding kerusi Parlimen Pengkalan Chepa dalam pilihan raya umum akan datang.

"Saya diberitahu oleh orang-orang dalaman PAS, Nik Aziz kali ini mahu bertanding di Parlimen pula.

"Dia mahu merasai bagaimana berada dalam Dewan Rakyat. Dia mahu melepaskan jawatan sebagai MB Kelantan, setelah dikatakan terpaksa mengakui gagal membangunkan negeri itu sebagaimana yang dikehendaki," tulis pengarang kanan Utusan Datuk Zaini Hassan dalam kolumnya Cuit.

Menurut beliau, Nik Aziz mula menyedari kelemahannya dan jika terus di situ rakyat Kelantan akan membuat perubahan, maka, menteri besar itu dikatakan akan bertanding di Parlimen P20 Pengkalan Chepa.

"Jika benar, maka siapa yang akan menggantikannya? Apakah anak emasnya, Husam Musa? Tapi Husam kini dikatakan terlalu banyak bebanan? Husam memanglah bercita-cita mahu menjadi MB, menggantikan Nik Aziz, tapi adakah beliau akan dipilih?" soalnya lagi.

Zaini seterusnya meramalkan tempat Nik Aziz selaku menteri besar akan diganti ahli Parlimen Tumpat, Kamaruddin Jaafar.

Menurutnya, Kamaruddin akan membuat pertukaran dengan timbalan menteri besar merangkap ahli DUN Pasir Pekan Datuk Ahmad Yaakob.

Tapi nama yang disebut itu ialah KJ. Bukan KJ Pemuda UMNO, tapi Ahli Parlimen P19 Tumpat iaitu Kamaruddin Jaafar. 
KJ ini disebut-sebut akan menggantikan Nik Aziz sebagai MB Kelantan selepas PRU-13 kelak. Difahamkan, jika benarlah, KJ ini yang menjadi AP Tumpat sejak 1999 akan bertanding di DUN N3 Pasir Pekan (di kampung halamannya) dalam kawasan parlimennya sekarang. 
Ahli DUN N3 Pasir Pekan yang kini dipegang oleh Datuk Ahmad Yaakob (kini Timbalan MB Kelantan) akan bertanding di kerusi Parlimen Tumpat. 
Tapi siapa Kamaruddin ini? Yang kita tahu dia ini adalah orang kuat dan orang kanan Anwar Ibrahim. Juga disebut-sebut, KJ ini pun dikatakan memasuki ke dalam Pas atas perintah Anwar yang mahu beliau menyusup masuk ke dalam parti itu.Baca seterusnya

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.