Saturday, June 30

PAS CUBA LAGAKAN PEMIMPIN UMNO TERANGGANU?


Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyifatkan desas-desus kononnya beliau akan dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti hanya khabar angin yang dicetuskan oleh pembangkang untuk memecah belahkan Umno negeri itu.

Katanya, beliau juga tidak berminat untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRU akan datang.

"Itu bukan bidang saya dan saya percaya kepimpinan Datuk Seri Ahmad Said adalah yang terbaik yang patut diberikan peluang untuk meneruskan kepimpinannya pada penggal yang akan datang," kata Anggota Parlimen Kemaman itu.

"Berita itu sama sekali tidak berasas dan hanya khabar angin dari pembangkang untuk memecahkan Umno,” katanya kepada pemberita, sekali gus menafikan laporan portal pembangkang, Harakahdaily hari ini mengenai rancangan itu.

Portal berita itu melaporkan kononnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dikatakan merancang melantik Ahmad Shabery bagi menggantikan Ahmad Said sebagai Menteri Besar sekiranya Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerajaan negeri pada PRU kali ini.

Ini kerana, Ahmad Shabery dianggap faktor pengimbang antara dua kumpulan Umno yang bertelingkah di negeri ini iaitu kumpulan Ahmad dan kumpulan bekas menteri besar, Datuk Seri Idris Jusoh.

Selain Ahmad Shabery, turut disebut antara calon Menteri Besar Terengganu adalah Anggota Parlimen Kuala Nerus, Datuk Nasir Ibrahim Fikri.

Mengulas lanjut, Ahmad Shabery berkata, jika diberi pilihan pada pilihan raya umum akan datang, dia berhasrat melihat orang muda mengambil alih posisi disandangnya sama ada sebagai Anggota Parlimen Kemaman mahupun untuk portfolio Menteri Belia dan Sukan.

Katanya, tidak timbul isu sama ada beliau masih mahu bertanding atau pun tidak kerana siapa calon yang bertanding adalah pilihan pucuk pimpinan parti.

Mengulas mengenai konflik dalaman Umno Terengganu, beliau berkata, konflik berkenaan sudah lama selesai sebaliknya parti yang kini berhadapan konflik adalah Pas dan PKR.

"Konflik dalam Pas dan PKR lebih teruk. Pas ketandusan pelapis dan saya lihat hanya orang yang sama dari dulu (yang memegang jawatan) walau usia sudah lanjut masih enggan melepaskan (jawatan) seolah-olah tiada ‘bintang’ (calon) baharu.

"Tetapi kepimpinan Umno Terengganu sentiasa ada pelapis di mana selepas kepimpinan Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad ada wajah-wajah baru (menjadi Menteri Besar)," katanya lagi.

Menurutnya, di peringkat Kemaman sendiri sentiasa ada ramai pemimpin pelapis termasuk yang boleh menggantikan tempat beliau sendiri.SINAR

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.