Thursday, June 28

PRU 13 SEMINGGU LAGI,HARI TELAH DITENTUKAN AHAD SAMPAI ISNIN?


Semalam MKP menerima satu mesej pesanan ringkas yang sekali lagi berkisar kepada tarikh pasti pilihan raya umum.

Hakikatnya walaupun mkp berkata yang mkp sendiri tidak pasti dan tidak tahu akan tarikh pilihan raya umum tetapi orang yang bertanya biasanya enggan mempercayainya.

“Mana mungkin blogger tidak tahu...” Itu adalah di antara kata-kata yang paling lazim yang mkp terima daripada mereka yang bertanya.

Pada persepsi atau kaca mata orang awam, blogger adalah kumpulan yang paling ‘layak’ untuk mengetahui bilakah tarikh pilihan raya umum akan diadakan kerana mereka kononnya adalah golongan yang sering bergaul dengan pemimpin politik.

Sebenarnya tidak ada makhluk di muka bumi ini yang pasti benar bilakah pilihan raya umum di negara ini akan diadakan melainkan YAB Perdana Menteri Malaysia sendiri.

Tetapi untuk menjawab segala persoalan ini buat kali yang penghabisan, sukalah mkp berkata begini.

Mudah sahaja...walaupun Malaysia tidak sepertimana negara-negara lain yang siang-siang lagi telah menetapkan tarikh pilihan raya umum mereka tetapi negara kita juga turut menetapkan bahawa setiap penggal pemerintahan sesebuah kerajaan tidak boleh lebih daripada lima tahun.

Bermakna, jika perdana menteri tidak mahu mengadakan pilihan raya sekarang, beliau boleh sahaja menunggu sehingga tempoh sah kerajaan yang ada sekarang berakhir sebelum Mac tahun hadapan.

Oleh yang demikian kenapakah PAS membuat andaian yang pilihan raya umum akan dibuat tahun ini dan lebih khusus lagi pada musim haji ini - sekaligus membawa kepada tercetusnya ‘fatwa’ haji tidak perlu dilakukan tahun ini kerana khuatir pilihan raya akan diadakan pada waktu orang sedang mengerjakan ibadah haji.

Pertama sekali kenapa andaian ini dibuat? Kedua kenapa menuduh siang-siang lagi yang adalah tidak adil untuk diadakan pilihan raya umum pada musim haji sedangkan tidak ada kepastian lagi yang ia akan diadakan pada waktu haji.

Ketiga kenapa terlalu beriya-iya yang pilihan raya umum akan diadakan pada waktu haji sedangkan penggal pemerintahan kerajaan sekarang hanya akan berakhir tahun depan?

Sebenarnya siapakah yang beriya-iya sangat mahukan pilihan raya diadakan tahun ini? Sedangkan kalau pilihan raya tidak diadakan tahun ini pun tidak menjadi satu masalah kerana bukan penggal pemerintahan kerajaan sekarang sudah berakhir.

Kerajaan sekarang masih sah sehingga Mac tahun depan tetapi ramai termasuk PAS sibuk mencanang sana-sini yang pilihan raya akan diadakan pada musim haji ini.

Habis jadi celaru otak orang yang hendak mengerjakan ibadah haji kerana teragak-agak sama ada pilihan raya akan diadakan pada musim haji.

Bagi sesiapa yang hendak mengerjakan haji, pergilah dengan hati yang tenang kerana jika perdana menteri hendak memanggil pilihan raya umum sekali pun, takkanlah beliau tidak mengambil kira faktor tersebut. Salah kah jika tidak diadakan pilihan raya tahun ini?

Jika tidak diadakan pun tidak menjadi satu kesalahan. Kenapa perlu menyerahkan kuasa penentuan sedangkan tempoh sah kerajaan beliau masih panjang.

Banyak lagi yang boleh beliau lakukan sepanjang baki tempoh waktu yang ada sekarang. Jadi kenapa harus terburu-buru?

- Posted using BlogPress from my iPad

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.