Tuesday, July 3

DAP PERLU JAWAB ISU HUDUD OLEH PAS? @cmlimguaneng


Ketua Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong mencabar DAP menyatakan pendirian berhubung pelaksanaan Hudud yang sering dinyatakan oleh pemimpin PAS.

Menurut Chua, walaupun Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkali-kali mengeluarkan kenyataan tersebut namun DAP masih bekerjasama rapat dengan PAS.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai cadangan ADUN Kemelah, Datuk Ayub Rahmat yang mencadangkan Johor menjadi negeri pertama melaksanakan hukum Hudud di Malaysia.

MCA sudah menyatakan pendapat kami di mana sekiranya Hudud dilaksanakan, kami akan keluar dari Barisan Nasional. Lagipun cadangan tersebut hanya dinyatakan oleh seorang ADUN, bukannya dari Menteri Besar, Perdana Menteri ataupun Timbalan Perdana Menteri. Jadi saya tidak ambil berat sangat kenyataan tersebut.

Tetapi sekiranya ia datang dari orang seperti Nik Aziz dan Hadi, ia perlu diambil serius.

"DAP perlu menyatakan pendirian mereka kerana Nik Aziz dan Hadi telah berulang-kali menyatakan untuk melaksanakan Hudud tetapi mereka masih bekerjasama rapat. Yang cakap ini bukannya setakat Ketua Pemuda, tetapi Presiden dan juga Ketua Ulama,kata Chua yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Selain itu, beliau turut mencabar DAP untuk menyatakan pendirian mereka terhadap kenyataan PAS baru-baru ini di mana mereka mendakwa mempunyai pemimpin yang berkaliber untuk menjadi Perdana Menteri.

PAS baru-baru ini menyatakan yang mereka adalah parti yang kuat dan mempunyai strutktur yang lebih baik di dalam Pakatan Rakyat. Mereka juga mendakwa mempunyai calon Perdana Menteri.

Jadi apakah pendirian DAP tentang ini kerana mereka hanya menyebut (Datuk Seri) Anwar (sebagai Perdana Menteri), tambah Chua.

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.