Sunday, July 15

Guan Eng Pergunakan Rakyat?


Lebih 100 penduduk dari Kampung Jawi dekat sini mengadakan demonstrasi aman bagi meminta Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng campur tangan dalam penutupan semua terusan di kampung tersebut.

Penutupan kesemua empat terusan secara berperingkat sejak tahun 2010 itu dijalankan ekoran pembinaan projek landasan kereta api berkembar Ipoh ke Padang Besar sehingga menyebabkan air bertakung dan banjir besar sekiranya berlaku hujan lebat.

Imran Man, 50, berkata, penutupan terusan-terusan menyebabkan banjir kilat sehingga memusnahkan perabot dan tanaman, katanya.

"Kami telah tinggal di sini sekian lama, sekarang kami mengalami kesusahan dan juga bimbang jika penutupan terusan ini akan membawa kesan lebih teruk pada masa akan datang," jelasnya.

Justeru, beliau menyeru kerajaan negeri agar membuka semula terusan tertutup, ujar Imran lagi.

Sementara itu, Lim Song Hai, 63, mahu kerajaan negeri dan wakil-wakil rakyat yang dipilih untuk mengambil berat perkara itu dan bertindak.

"Penutupan semua terusan akan menyebabkan penderitaan kepada penduduk di kampung ini kerana masalah banjir yang kerap melanda," katanya.

Tan Kim Soon, 71, pula berkata, beliau sedih apabila kerajaan negeri Pulau Pinang kerana tidak mengambil kira pertimbangan kebajikan penduduk Kampung Jawi.

"Penutupan terusan membawa kesukaran untuk penduduk seperti kami di sini," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Informasi Barisan Nasional (BN) dan Penyelaras BN Jawi, Tan Cheng Liang yang turut hadir semasa demonstrasi itu berkata, acara tersebut dianjurkan oleh beberapa pertubuhan dari Kampung Jawi yang diketuai oleh Pengerusi Persatuan Bomba Sukarela, Lim Hee Kian.

Cheng Liang berkata, penduduk Kampung Jawi ternyata tidak gembira dengan penutupan terusan berusia 100 tahun itu dan sehingga kini, Guan Eng kerana tidak mengambil sebarang inisiatif bagi menjaga kebajikan penduduk kampung itu.

"Kami telah mengkaji pelan saluran terusan alternatif tetapi dimaklumkan bahawa pelan itu tidak diluluskan oleh kerajaan negeri,

"Saluran utama telah ditutup dan keadaan akan bertambah buruk semasa musim banjir," jelasnya.

Sebelum ini, lebih 200 penduduk Kampung Titi Hitam terpaksa menghidu bau busuk dari ladang-ladang ternakan babi di Kampung Jawi yang terletak bersebelahan.

Namun, tidak lama lagi, kesengsaraan mereka akan bertambah apabila air sisa najis haiwan dari ladang-ladang tersebut akan disalirkan ke kampung berkenaan.

Kerajaan DAP Pulau Pinang meluluskan projek pembinaan saluran baru itu yang akan membolehkan air menjijikkan itu mengalir terus masuk ke tali air di kampung tersebut.

Air kotor yang mengandungi toksik itu bukan sahaja akan memusnahkan tanaman penduduk kampung yang dihuni majoriti orang Melayu malahan akan menyebabkan banjir kilat setiap kali hujan lebat.

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.