Thursday, July 5

GUAN ENG TERUS DISERANG OLEH PEMUDA BN?


Kegagalan Ketua Menteri, Lim Guan Eng menjelaskan berkenaan penjualan tanah milik kerajaan negeri yang sepatutnya dibangunkan untuk perumahan rakyat Taman Manggis Fasa Dua di sini membuktikan kerajaan DAP tidak mengambil serius isu rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah.

Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) negeri, Oh Tong Keong berkata, walaupun pemuda BN telah menuntut penjelasan dengan cara berhemah melalui memorandum yang disampaikan minggu lalu namun sehingga kini Guan Eng enggan memberikan kerjasama.

Tong Keong berkata, alasan Guan Eng menyatakan saiz tanah yang terlalu kecil untuk pembinaan perumahan rakyat amat mencurigakan kerana sebelum ini kerajaan negeri telah memberikan kelulusan kepada pemaju swasta yang ingin membina beberapa projek pangsapuri mewah di tapak yang lebih kecil.

"Sikap kerajaan negeri ini menunjukkan mereka lebih memberi keutamaan kepada golongan atasan sehingga mengabaikan golongan miskin," katanya.

Dalam pada itu, Tong Keong berkata, walaupun sebelum ini Guan Eng pernah menjelaskan tanah berkenaan telah dijual kepada pihak swasta untuk pembinaan hospital namun tindakan tersebut seolah-olah menafikan hak orang-orang miskin untuk menduduki perumahan rakyat.

Tong Keong turut mendakwa kerajaan negeri juga telah menjual beberapa bidang lagi tanah milik kerajaan kepada pihak swasta untuk pembinaan rumah mewah.

"Sejak mengambil pemerintahan kerajaan negeri tidak ada langsung rumah rakyat, rumah kos rendah yang dibina oleh mereka.

"Pemuda BN menyeru kepada kerajaan negeri agar tidak lagi mengelirukan rakyat kerana rumah-rumah kos rendah sebenarnya dibina oleh pemaju swasta sejak Pakatan Rakyat mengambil alih Pulau Pinang dan bukannya dibina oleh kerajaan negeri," katanya lagi.

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.