Wednesday, July 11

Jigsaw Puzzle Dalam PR Atau Lidah Bercabang?


Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mungkin boleh melupakan hasratnya untuk menjadi Perdana Menteri ketujuh jika benar DAP bertanding 90 kawasan Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Shaik Hussein Mydin berkata, tidak mustahil DAP bertanding 90 kerusi Parlimen kerana sokongan masyarakat kepada parti itu lebih kuat berbanding dengan Pas dan PKR.

Menurutnya, Pas bukan sahaja tidak layak menjadi tulang belakang PR malah parti itu juga dilihat tidak sepatutnya bersama dengan sekutu pembangkang kerana dilihat tidak ada peranan langsung selama ini.

“Tulang belakang PR sebenarnya adalah DAP, dan Pas perlu menerima hakikat bahawa mereka adalah jigsaw puzzle dalam PR.

“Abdul Hadi sebenarnya bercita-cita mahu menjadi Perdana Menteri, namun impiannya pasti tidak akan tercapai kerana DAP menyediakan ‘pemain simpanannya’ tersendiri iaitu Lim Guan Eng bagi menggantikan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim jika PR berjaya ambil alih kerajaan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini, semalam.

Terdahulu, Abdul Hadi yang ditemui pada Program Sarapan Pagi Bersama Presiden Pas di Jalan Bukit Kor, Marang menafikan DAP akan bertanding 90 kawasan Parlimen pada PRU13.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata demikian mengulas dakwaan sebuah blog propembangkang, suarapakatanrakyat.com yang mendakwa DAP akan bertanding 90 kawasan Parlimen manakala PKR dan Pas masing-masing sebanyak 66 kerusi.

Beliau berkata, pengagihan kuota kerusi pembangkang secara rasmi dalam Pakatan Rakyat (PR) masih belum dibuat sehinggalah tarikh PRU13 diketahui.

“Dalam PR, Pas adalah parti paling kuat, parti yang banyak jenteranya, Pas akan memikul beberapa kawasan yang parti lain tidak sanggup bertanding, mungkin sampai 80 kerusi. DAP bertanding 50 kerusi ataupun 60 kerusi, boleh menang 40 atau 50 kerusi,” katanya.

Mengulas kenyataan Presiden Pas itu, Shaik Hussein berkata, di Pulau Pinang sendiri Pas gagal menunjukkan kewibawaannya selain sering dipermainkan oleh rakan dalam pakatan sendiri.

Mengambil contoh isu jawatan Yang Dipertua (YDP) Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) yang sebelum ini dijanjikan untuk diberikan kepada Pas tetapi ia beralih kepada PKR, Shaik Hussein berkata, ia menunjukkan Pas tidak mampu untuk membela dan memperjuangkan nasib orang Melayu dan Islam di negeri ini.

“Bila jawatan itu tidak diberikan kepada Pas, mereka (Pas) hanya bising seketika dan terus isu ini senyap. Kita pun tidak tahu siapa YDP MAINPP sekarang,” katanya.

Menurutnya, Pas bukan parti yang kuat dalam PR, sebaliknya sering tunduk dengan desakan rakan parti lain dalam PR.

“Kalau Pas sendiri tidak boleh menjaga dan memperjuangkan hak orang Melayu dan Islam yang sedikit di Pulau Pinang, bagaimana dia boleh jaga orang Melayu dan Islam di negara ini.

“Pas perlu buktikan terutama di Pulau Pinang bahawa mereka mempunyai suara selain mampu membantu masyarakat,” katanya.

Dalam pada itu, Shaik Hussein berkata, matlamat yang berbeza pada setiap parti dalam PR juga menyebabkan mereka tidak mampu menggantikan Barisan Nasional (BN) untuk memimpin negara.

“Pendirian mereka tidak sama. Mereka tidur atas satu bantal tetapi mimpi lain-lain,” katanya.SINARHARIAN

1 comment:

  1. Salam,

    Artikel menarik..

    Blog hebat tuan sudah dipautkan di blog kami.
    Mohon jasa baik dari pihak tuan agar dpt memautkan blog kami di sini juga.

    Sekain, terima kasih

    admin@JD
    jeringdaily.blogspot.com

    ReplyDelete

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.