Pelik dan musykil dengan sikap sesetengah dari kita cuba menjadi juara dari segi nak mendapat milage penyebar berita yang pelik-pelik.Berita ini tersebar oleh rakan-rakan kita didalam BBM ,SMS ,WHATSAPP dan lain-lain.Sepatutnya individu yang menerima berita tersebut sepatut mengesahkan kesahihan berita tersebut sebelum menyebarkan kepada orang lain.Impak dari berita ini boleh menimbulkan panik dikalangan masyarakat Malaysia kerana ianya melibatkan isu perkauman serta nyawa dipertaruhkan.Sedarlah kita hidup didalam masyarakat berbilang bangsa serta sensitiviti ini harus diambil berat.MKP kagum dengan pandekatan yang diambil oleh PDRM kerana pantas menyiarkan dedahan ini;
Hebahan mengenai insiden yang melibatkan beberapa wanita dirompak dan ditikam sehingga mendatangkan kematian di Puduraya, Bukit Bintang dan KLCC sepanjang petang semalam (3 Julai 2012) adalah TIDAK BENAR.
Daripada semakan yang dibuat, pihak polis mendapati TIADA kes sedemikian dilaporkan berlaku dan dipercayai penyebaran khabar angin tersebut bertujuan untuk mendatangkan ketakutan kepada orang ramai.
Pihak polis menasihatkan orang ramai agar tidak mudah mempercayai khabar angin yang disebarkan melalui sumber-sumber yang tidak sahih (sms, emel, media sosial dll).
Sekiranya berlaku sebarang kecemasan, sila hubungi talian hotline PDRM di 03-2031 9999, 03-2266 3333 atau 999.
link FB PDRM
P/s gambar amoi diatas hanya sekadar hiasan.
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.