Monday, July 16

LATHEFA KOYAH SEDIH DIKOYAK OLEH KHALID GAGAP?


Dulu jika ada masalah berkenaan undang-undang mukan inilah yang selalu menjadi juara dalam segala hal berkaitan dengan Pakatan Harami.Kini nampak mereka nie pun banyak masalah dalaman.Pukul canang menyatakan semua orang tak baik dan bagus selain mereka.Kini sudah terbukti tiada persamahaman diantara mereka.Koyak semakin rabak dah jadi.

Latheefa Koya hari ini mengesahkan yang beliau telah meletakkan jawatan sebagai ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) berkuat kuasa serta merta.

Sebelum ini, berita mengenainya yang dikatakan akan disingkir beberapa hari lalu hebat diperkatakan. Malah, minggu lalu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim juga mengakui terdapat perbincangan pada mesyuarat kerajaan negeri untuk menggugurkan Latheefa Koya.

"Saya faham bahawa kamu dan exco mempertimbang untuk menyingkirkan saya sebagai ahli majlis dalam MBPJ.

"Ini sudah menjadi pengetahuan umum dan bahan spekulasi. Dengan keadaan ini, kedudukan saya sebagai ahli majlis MBPJ tidak dapat lagi dipertahankan," katanya.

Latheefa tidak menyentuh secara langsung sebab peletakan jawatannya itu tetapi menyebut sepintas lalu berhubung isu perumahan rakyat miskin.

Perkara itu, katanya, pernah dihantarnya melalui e-mel kepada kepimpinan tertinggi PKR baru-baru ini.

Khalid yang ditemui media kelmarin walau bagaimanapun enggan mendedahkan maklumat lanjut mengenai perkara itu.

2 comments:

  1. syukur pejguam yang berjuang mempertahankan seorang warga arab yang murtad telah diberi balasan oleh Allah. alhamdullilah kebenaran semakin terbukti.

    ReplyDelete
  2. jadi peguam wakili ahli pr jer lah....ini dah masyuk pun dan serabut nak hendel.....peguam nak.....ahli majlis pun nak..ahli politik lagi!!...tu belum hal peribadi..jadi isteri dan ibu pd anak anak.....sepak terajang dunia politik sendiri tanggung lah!!!!!

    ReplyDelete

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.