Kenapa pulak Mahfuz pulak menjadi hero plastik dalam kes ini?Kenapa pulak kes pemecatan ini dipersoalkan oleh pihak PAS mesti ada kaitan diantara Pengarah KPDNKK kepimpinan PAS?Jika tiada kaitan sudah tentu isu ini tidak akan dibangkitkan oleh PAS.Yang menariknya,Mahfuz Omar persoalkan kenapa harus ditukar 4 pengarah dan seorang daripadanya berkhidmat di Kementerian apabila mereka ini tidak menjalankan tugas dengan baik. Zaman kakitangan awam lembab dan tidak menjalankan tugas dengan baik sudah berakhir.
Bercakap mengenai "Musuh dalam Selimut" serta "MUSANG BERBULU BABI" sudah tentulah akan memperkecilkan kreditbiliti mereka tetapi bukti yang nyata dan boleh diterima dek akal dengan sikap mengandu-domba ini kepada siapa? Perumpamaannya senang jika rumah dimasuki pencuri sudah tentu dilaporkan kepada POLIS mustahil jika melaporkan kepada tok Kadi PAS....?????
Transformasi perkhidmatan awam mahukan para kakitangannya berdisplin dan juga mencapai KPI masing masing. Ada yang persoalkan tindakan Ismail Sabri semata mata kambing hitamkan 4 pengarah ini. Apakah tindakan menteri mengarahkan kakitangan kementeriannya yang tidak mencapai standart ditukar menjadi satu kesalahan?Bukannya 4 pengarah ini dibuang kerja.
Ismail Sabri sebagai seorang menteri sudah tentu mahukan yang terbaik apatah lagi yang hadir adalah Ketua beliau sendiri memerangkap Perdana Menteri Malaysia.Apa masaalahnya?
Ismail Sabri sebagai seorang menteri sudah tentu mahukan yang terbaik apatah lagi yang hadir adalah Ketua beliau sendiri memerangkap Perdana Menteri Malaysia.Apa masaalahnya?
Berikut adalah sumber dalam yang telah diberitahu kepada MKP tentang salah-laku Pengarah dari PAHANG.Di Bahagian Bera dan Pekan BAS yang dijanjikan kepada Ahli Koperasi untuk ke Stadium Bukit Jalil tidak muncul?Kemarahan rakyat bertambah teruk lagi apabila bas yang ditunggu tidak datang seperti menunggu buah yang tidak pasti gugurnya, Lebih teruk lagi apabila telefon pegawai koperasi menteri ditutup,Tindakkan Pegawai yang diberi tanggungjawab serta amanah menyusahkan rakyat terutama warga emas yang menjadi ahli KOOP menunggu bas yang tidak muncul tidak perlu diambil tindakkan????PAS dan Mahfuz pulak menjadi hero plastik mempertahankan Pegawai Macam nie?Pegawai yang telah melakukan kesalahan hanya ditukar bukanya dibuang kerja adakah itu tidak adil....
Dalam masa PAS bersetuju DAP mengurangkan 50% kakitangan kerajaan,mereka juga persoalkan tindakan kerajaan BN yang bertindak tegas terhadap kakitangan kerajaan yang bermasaalah. Yang mana satu sebenarnya mereka mahu.
Kita harus ingat akan kepentingan wujudnya koperasi adalah untuk menghapuskan urusniaga orang tengah yang mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda.
Fungsi koperasi adalah untuk berkongsi kos modal dan berkongsi keuntungan tanpa orang tengah.Penubuhan koperasi amat penting dan semua orang patut tahu koperasi juga meraih keuntungan melalui kontrak kontrak besar seperti projek pembangunan,pembuatan,membekal barang kepada kerajaan dan juga kontrak besar di Petronas.
Program sebegini bukan dibuat atas suka suka,sebaliknya ahli KOOP sendiri menitik beratkan keuntungan dan mahukan networking diseluruh negara semasa majlis berlangsung.
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.