Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Samad memberitahu tindakan PKNK tersebut juga sekaligus membuktikan penyenaraian FGVH ternyata satu langkah yang baik dengan membuka peluang pelaburan pulangan tinggi.
"Ternyata anak syarikat kerajaan negeri Kedah itu melihat saham-saham FGVH adalah peluang pelaburan yang baik, tetapi kerana politik yang sempit, PAS mengeluarkan pelbagai fitnah dan tohmahan kepada Felda terutama dalam hal penyenaraian FGVH,
"Sekarang Pas termalu dengan tindakannya, pemimpinnya memberi alasan kononnya pemilikan 500,000 unit saham FGVH itu disebabkan “salah urus” pekerja syarikat itu," jelas Mohd Isa yang mengulas mengenai tindakan PKNK membeli -saham saham FGVH dengan nilai pelaburan RM2,275,000.
Semalam, Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar dipetik sebagai berkata, PAS melihat pembelian saham-saham FGVH oleh PKNK adalah disebabkan “salah urus” kakitangan syarikat berkenaan yang “telah biasa” membuat keputusan tanpa merujuk kepada lembaga pengarah syarikat berkenaan.
Mahfuz mengakui, pekerja firma itu berkemungkinan membeli saham FGVH berdasarkan faktor keuntungan, dan bukannya berdasarkan “pegangan politik” kerajaan negeri tersebut.
Dalam pada itu, Ketua Eksekutif PKNK, Datuk Abdul Rahman Ibrahim menjelaskan, PKNK memohon saham-saham FGVH sebanyak 1 juta unit tetapi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) hanya memberi kelulusan pembelian sahaja 500,000 unit yang melibatkan pelaburan RM2,275,000.
PKNK adalah badan berkanun kerajaan yang berperanan sebagai sebuah agensi yang diamanahkan bagi menjaga kepentingan Bumiputera dengan pemantauan daripada Kementerian Kewangan dengan lembaga pengarahnya turut diwakili tiga wakil dari peringkat Pusat, termasuk wakil dari MITI, Kementerian Kewangan dan Unit Perancang Ekonomi (EPU) di Jabatan Perdana Menteri.
Mengulas lanjut, Mohd. Isa menambah, keadaan ini jelas membuktikan para peneroka bakal meraih manfaat besar dari penyenaraian FGVH dan janganlah mereka terpedaya dengan tohmahan oleh Pas yang beliau gelar sebagai 'makhluk perosak'.
"Biarlah mereka sudah malu dengan tindakan sendiri sedangkan dari aspek pelaburan ianya (penyenaraian FGVH) adalah baik tetapi kerana politik, mereka kata ia tidak baik," tambah beliau.AP
MKP Ayat Sempoi : Cakap tak serupa bikin PAS nie,Himpunan OREN tue menatang apa?
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.