Inilah akibatnya jika pemimpin PKR hanya pandai menabur fitnah tanpa mendapatkan bukti yang sah.
Abdul Halim PKR Balik Pulau bukan sahaja berdepan dengan saman tetapi dicabar bersara dalam politik jika beliau gagal membuktikan dakwaan beliau terhadap penjualan tanah di Kampung Terang, Balik Pulau.
Sila baca di bawah
GEORGETOWN – Speaker Dewan Undangan (Dun) Pulau Pinang, Datuk Abdul Halim Hussain digesa menghentikan fitnah yang mendakwa syarikat Maison Height Sdn Bhd mengambil kesempatan ke atas penduduk dengan membeli dan menjual tanah di Kampung Terang, Balik Pulaudalam tempoh empat bulan.
Jika tidak, beliau bakal berdepan dengan tindakan undang-undang.Pengarah Urusannya, Datuk Omar Faudzar berkata, pihaknya mempunyai semua dokumen yang boleh membuktikan pembelian dan penjualan tanah itu tidak dibuat dalam tempoh empat bulan seperti didakwa Abdul Halim.
"Dakwaan Abdul Halim kononnya kami menjual tanah berkenaan dalam tempoh empat bulan adalah pembohongan kerana semua dokumen jual beli antara syarikat saya dan penduduk yang bertarikh 4 Oktober 2010 ada di sini.
"Dokumen perjanjian penjualan tanah itu kepada sebuah syarikat bertarikh 10 Januari 2012 turut kami sertakan.“Jadi penjualan tanah ini bukan dilakukan dalam tempoh empat bulan, sebaliknya hampir dua tahun," katabeliau pada sidang media di sini, hari ini.
Turut hadir, pengerusi syarikat berkenaan, Datuk Musa Sheikh Fadzir yang juga Ketua Umno Bahagian Bukit Mertajam.Omar yang juga Ketua Umno Bahagian Bukit Gelugor berkata, mereka bukanlah broker seperti yang didakwa Abdul Halim, sebaliknya beliau dan Maison Height Sdn Bhd adalah syarikat pemaju hartanah yang sudah lama berkecimpung dalam pembinaan perumahan.
Sementara itu, Musa mencabar Abdul Halim untuk membuktikan tanah berkenaan dijual dalam tempoh empat bulan dan jika berjaya berbuat demikian beliau berjanji akan mengundurkan diri dalam arena politik.Musa yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri berkata, sebagai Speaker Dun, Abdul Halim tidak sepatutnya menipu rakyat dengan fitnah yang ditaburkan kepada pemimpin Umno.
Beliau percaya tindakan berkenaan adalah untuk menutup kelemahan Kerajaan Negeri.
"Disebabkan saya orang politik,dia (Abdul Halim) dan Ketua Menteri Lim Guan Eng mahu burukkan nama Umno sahaja dan nak beritahu pada rakyat bahawa Umno jahat.
"Mereka mahu tutup kelemahan Kerajaan Negeri yang menjual tanah di Bayan Mutiara dan tanah di Taman Manggis sehingga terpaksa berbohong.Tindakan ini menunjukkan mereka tidak ada moral langsung," katanya.
Musa berkata, jika Abdul Halim gagal membuktikan dakwaan itu, beliau perlu meletak semua jawatan dan bersara dari politk.
Sebeum ini,Abdul Halim mendedahkan dua pemimpin Umno berkenaan mengambil kesempatan terhadap penduduk apabila menjadi orang tengah dalam penjualan 4.04 hektar tanah di Balik Pulau kepada sebuah syarikat pemaju.
Abdul Halim berkata,perkara itu diketahui setelah menyemak geran mukim bagi tanah di Mukim J,Kampung Terang di daerah berkenaan. - SHBaca seterusnya klik
MKP ayat sempoi : Saman jangan tak saman puak haramjadah nie suka wat fitnah?
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.