Saturday, July 21

PENIAGA MELAYU DIHALAU KETEMPAT TIADA PELANGGAN?

Peniaga bazar Ramadan Jalan Penang di sini membantah tindakan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) memindah tapak bazar Ramadan dari Jalan Penang ke Jalan Phee Choon.

Wakil peniaga, Abdul Karim Gulam Ali, berkata tindakan MPPP itu akan menyebabkan lebih 20 peniaga Bumiputera tidak dapat menjalankan perniagaan mereka kerana tempat baru yang ditawarkan itu bukan tumpuan orang ramai.

"Sejak 26 tahun lalu, tempat ini (Jalan Penang) menjadi tumpuan tapak warisan tradisional bazar Ramadan tanpa sebarang gangguan serta halangan dari mana-mana pihak.

"Tetapi sejak pakatan pembangkang mengambil alih Pulau Pinang, peniaga Bumiputera ditindas dan dianaktirikan. Kami mahu mencari keadilan untuk semua peniaga. Satu tahun sekali sahaja. Mereka boleh bagi tempat lain seperti 'Little India' kepada kaum lain, kenapa kami orang Melayu (tidak boleh berniaga di Jalan Penang)," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata, alasan kerajaan negeri bahawa mereka akan menyebabkan kesesakan lalu lintas jika terus berniaga di kawasan itu adalah tidak munasabah kerana masalah kesesakan lalu lintas sudah menjadi lumrah di negeri ini.

Katanya, kerajaan negeri kononnya memperuntuk RM6,000 untuk menempatkan peniaga berkenaan dengan khemah percuma sekiranya mereka bersetuju untuk berpindah, tidak berbaloi kerana kawasan yang ditawarkan itu adalah projek terbengkalai dan kurang tumpuan orang ramai.

"Betapa baiknya sekiranya peruntukan RM6,000 itu disalurkan ke kawasan Jalan Penang sebagai ganti untuk memeriahkan suasana bazar Ramadan dengan hiasan lampu berwarna-warni dan lain-lain acara menarik di bulan puasa ini," katanya.

Abdul Karim juga menyifatkan kerajaan negeri pimpinan DAP sebagai "cakap tidak serupa bikin" kerana sebelum ini Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pernah berjanji mahu mengekalkan tapak bazar Ramadan di Jalan Penang.

Beliau berkata, MPPP perlu bertindak secara realistik dan rasional sebelum mengambil sebarang tindakan.

Justeru itu, beliau mendesak kerajaan negeri dan MPPP tampil untuk menyelesaikan kemelut yang dihadapi para peniaga bumiputera dengan kadar segera bagi membela nasib dan masa depan mereka.AP

MKP ayat sempoi : DAP dan MPPP nie memang suka menyusahkan melayu klu cina boleh pulak tutup jalan.

2 comments:

  1. OK lah tu. lagipun bukannya ramainya melayu dah kot kawasan tu dah la ni. mana ada melayu duk (menetap) kot sekitar Georgetown dan sekelilingnya. mamak pun tak banyak mana dah. kawasan melayu ramai hanya dari Gelugor, Bayan Baru, Bayan Lepas hingga ke Balik Pulau ja. mananya depa nak pi kot tanjong tu dah. MPPP nak suruh depa pi niaga kot area tu la sama tapi kot situ pun dah ramai peniaga. maksudnya, nak suruh depa ni berenti niaga atau pindah niaga dan rumah sekali ke seberang. kot seberang, memang ramai la melayu. ye dak?

    bro, jgn lupa, statistik jumlah pengundi melayu dlm Pulau Pinang (tak termasuk tanah seberang) bukannya majoriti. so, jgn expect undian melayu boleh menangkan BN atau UMNO dlm area Pulau. majoriti cina, tak kira la dia baju Gerakan atau MCA, depa semua undi DAP. Tnah seberang, takpa, bagi kat melayu. Pulau, depa punya!

    ReplyDelete

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.