Campakkanlah aku ke mana sahaja, aku tetap berjuang demi Agama Bangsa dan Negaraku Malaysia.Kata-kata ini dipegang dengan ampuh supaya terus tersemat dan terus menjadi ingatan, walau dimana MKP berada....
Sungguh, bukan mudah untuk terus istiqamah, tetapi keyakinan pada Allah dan kekuatan diri itu menjadi benteng ketahanan diri.
Kadang-kala, manusia menjadi baik hanya kerana persekitaran. Jika persekitaran kita baik, maka baiklah kita. Jika kita bersama persekitaran yang sedikit berbeza, maka berubahlah pembawakan kita. Sehingga akhirnya, banyaklah cerita-cerita mereka yang hebat suatu masa dulu, kini adalah mereka yang kelihatan seperti "hilang arah"..Nau'zubillah...
Ujian Allah takkan pernah lekang, lebih-lebih lagi kepada mereka yang mahukan Islam. Namun, sifir mudah perlu kita ingat, "Perjuangan Rasulullah jauh lebih diuji dari kita. Ujian ini baru sedikit. Bertahanlah, andai anda mahu lihat Islam terus tertegak dan subur di muka bumi ini.!"
kawan2 ramai yg akan support bro...
ReplyDelete1st skali yg akan back up lu ialah AMENOWORLD...HEHEHE...
pejuang hamas...