Kejadian itu belaku di Sekolah Menengah Paka Dungun Terangganu.Jarak kedua-dua lokasi yang MKP sertakan gambar diatas agak jauh dari tempat lawatan DS Najib Razak kalau dikutkan didalam peta Goggle Map ini jaraknya lebih kurang 22km...Kantoi la sekali lagi depa nie....Mencari salah dan meyalahkan BN memang senang tapi lain kali kalu nak buat fitnah biarlah jelas dan mempunyai bukti yang nyata dan sahih....Hampa tengoklah penfitnah PAS haram jadah nie klik dan blog nie klik dan berikut adalah laporan dari bernama
DUNGUN, 13 Julai (Bernama) -- Padang lapang di Arena Square dekat sini yang biasanya sunyi bertukar meriah bagaikan temasya apabila warga Dungun beramai-ramai bergotong-royong melakukan pelbagai persediaan sempena lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang dijangka tiba 9.45 pagi ini.
Tinjauan Bernama di sini mendapati kira-kira 400 orang wakil dari 20 Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) dari Dungun bertungkus-lumus menyiapkan menu hidangan tengah hari sempena jamuan rakyat yang dijangka dihadiri 40,000 orang.
Pengerusi Perhubungan Barisan Nasional (BN) Parlimen Dungun Datuk Dr Rosli Mat Hassan berkata warga Dungun sangat teruja dan berbesar hati dengan lawatan rasmi Perdana Menteri ke daerah itu kerana ia adalah kunjungan kali pertama oleh pemimpin nombor satu Malaysia itu ke sini.
Dungun terpilih sebagai lokasi pertama dikunjungi Perdana Menteri yang dalam rangka lawatan kerja seharinya ke Terengganu, hari ini. Beliau dijadual melancarkan program 'Mengubah Destini Anak Bangsa' bersama warga Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) sebelum bersama-sama rakyat menikmati hidangan tengah hari di situ.
Najib juga mempunyai dua lagi program iaitu di Marang dan Kuala Terengganu sebelum pulang ke ibu negara.
Dr Rosli berkata bagi jamuan rakyat itu, sebanyak 40 ekor lembu telah ditumbangkan dengan pembahagian tugas memasak kepada 20 JKKK yang dipilih dalam mesyuarat baru-baru ini.
"Pastinya hidangan istimewa kita ialah gulai kawah yang begitu sinonim dengan masyarakat Terengganu, selain sayur goreng, sambal belacan dan goreng ikan masin sebagai pembuka selera," katanya kepada Bernama.
Sementara itu, bagi 20 wakil kaum ibu dari JKKK Kuala Abang, pengalaman bergotong-royong memasak sejak 10.30 malam tadi sangat berharga dan tidak boleh dilupakan.
"Proses memasak ini agak lama kerana kita perlu lebih teliti bagi memastikan keenakan gulai kawah ini kekal terpelihara melalui petua-petua memasak tertentu yang biasa kami amalkan," kata Ketua Wanita Umno Cawangan Kuala Abang, Salina Abdul Rahim, 46.
Bidi Abdullah, 53, dari Rantau Abang pula amat teruja dengan lawatan Perdana Menteri itu kerana secara tidak langsung ia mengeratkan hubungan di antara warga daerah Dungun.
"Kita semua bergotong-royong melakukan pelbagai persediaan rapi ini yang telah dirancang teliti oleh pimpinan bahagian Dungun...ini sebagai bukti penghargaan dari warga Dungun terhadap kepimpinan beliau (Perdana Menteri)," katanya.MKP Ayat Sempoi :Lepas nie sapa pulak nak mengaku ada hak cipta terperlihara.....PJO
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.