Tuesday, August 28

GUAN ENG DAN MANSOR PANDAI BERLAKON?



Sikap populis hanya didepan Media,tapi hakikatnya macam yang dok ada dalam gambar diatas.Depa nie berlakon mengatakan baik didepan media pada siangnya tapi gambar yang telah diambil pada malam majlis Hari Raya anjuran Ahli Dewan Undangan Negeri PKR kawasan Batu Maung,Datuk Malik Kasim aka Malik Itik.

Pada sebelah pagi hari itu Mansor telah mengadakan sidang akhbar di pejabat kerajaan negeri di bangunan Komtar yang turut dihadiri oleh Guan Eng untuk ‘menjelaskan’ isu minit satu mesyuarat PKR yang bocor dimana beliau didakwa lepas geram terhadap Ketua Menteri dan Setiausaha Agung DAP itu.

Al kisahnya dalam mesyuarat dengan geng PKRnya, Mansor dikatakan balon sakan bos DAP,rakan pakatan pembangkangnya.

Seperti semua sudah sedia maklum dalam sidang akhbar itu Mansor jenuh baca kenyataan media menafikan beliau balon Guan Eng termasuk gelarnya ‘tokong’.

Mansor juga didakwa mengata Guan Eng sombong dan angkuh.

Kata orang terlajak perahu boleh undur…tetapi terlajak kata sendiri mau ingat.

Jumlah kehadiran pada majlis malam itu tidaklah begitu ramai kalau dibandingkan dengan kepadatan penduduk di Sungai Ara yang terletak dekat Bayan Baru.

Sungai Ara merupakan kubu kuat UMNO.Di situ terletaknya Koperasi Tunas Muda yakni hasil perjuangan UMNO yang telah menyelamatkan kedudukan orang Melayu di kawasan pulau Pulau Pinang yang hartanahnya kini berharga ‘gila-gila’.

Hu ha mengenai isu Mansor-Guan Eng yang tersebar luas di media membuatkan kehadiran mereka berdua mencuri perhatian.

Kebiasaan naluri manusia bila ada sesuatu yang terbuku dihati memang sukar hendak diselindung.

Kedengaran beberapa orang hadirin penyokong PAS dan DAP berbisik sesama sendiri ‘rentak’ Mansor-Guan Eng sepanjang majlis itu.

Dari cakap-cakap yang kedengaran ada yang menilai jelas body language mereka macam tidak selesa antara satu sama lain.

Bayangkan diri kita sendiri…kalau sudah tahu orang yang kononnya rakan akrab politik duduk sebelah didakwa mengata macam-macam pada kita.

Namun sandiwara politik kena diteruskan.Sebelum Guan Eng beredar kesemua tetamu kehormat termasuk Timbalan Presiden PAS ,Mat Sabu naik atas pentas angkat tangan bersama tanda solidariti depan hadirin.

Menariknya kedua-dua Mansor dan Guan Eng macam nak cepat-cepat mahu orang Pulau Pinang lupa isu minit mesyuarat PKR yang bocor itu.

Dalam ucapan masing-masing kedua mereka tidak sentuh langsung sepatah pun isu yang masih hangat itu.

Sebaliknya untuk mengalih perhatian Mansor-Guan Eng menghalakan senapang mereka kearah UMNO-BN.

Dari sudut politiknya semua orang tahu isu minit mesyuarat PKR yang bocor itu adalah petanda jelas banyak yang tidak kena dalam hubungan antara kedua parti yang mengidam hendak tawan Putrajaya.

Ini baru Pulau Pinang…belum lagi mentabir satu Malaysia.

Kalau Mansor-Guan Eng ingat isu ini akan reda begitu sahaja…jawabnya tidak.

Sepanjang wartawan Agendadaily menghadiri sebilangan rumah terbuka sehingga hari ini sekitar Pulau Pinang nampaknya isu itu terus menjadi topik panas yang diperbualkan.

Dakwaan mengenai luahan rasa Dr Mansor dalam mesyuarat dengan orang-orangnya dalam PKR di mesyuarat itu dinilai telah membuka luas pekong dalam hubungan antara PKR dan DAP.

PAS yang hanya ada satu kerusi menerusi Datuk Salleh Man di negeri ini hanya dilihat sebagai ‘pak pacak’ sahaja.

Kehangatan mengenai isu Mansor-Guan Eng ini berkait rapat dengan kebimbangan orang Melayu Pulau Pinang yang kian hari kian terasa terhimpit khususnya di kawasan pulau negeri ini.

Siapakah yang boleh menjadi dewa penyelamat mereka kalau melihat suara PKR dan PAS macam tidak laku dalam pentabiran negeri pakatan pembangkang ini.

Sudah empat tahun pakatan pembangkang yang diterajui DAP mentabir negeri ini.Cuba tanya mana-mana anak negeri ini mana ada sebarang ‘ agenda Melayu’ yang jelas terpampang dibawa kerajaan Buku Jingga ini.

Kalau memandu …turun saja Jambatan Pulau Pinang disepanjang-panjang jalan baik ke Georgetown mahupun ke Bayan Lepas kita akan melihat papan-papan tanda projek perumahan mewah saja yang harganya berjuta-juta.

Itu sahaja yang nampak kehebatan yang ada di Pulau Pinang.

Jangan sebut harga rumah yang lebih RM200,000 kepada orang Melayu Pulau Pinang. “ Kami hanya setakat boleh telan air liur sahaja,”kata seorang penduduk tempatan.

Batu Uban sudah terkangkang dicerobohi projek perumahan mewah.Kawasan Bayan Mutiara dan sekitarnya jangan sebut…itu sudah jadi kawasan super kaya yang orang Melayu tidak berani jijak langsung.

Bayan Lepas,Batu Maung,Permatang Damar Laut,Telok Kumbar semakin terhakis dengan kemasukan segala macam projek-projek mewah.

Kalau keadaan begini berterusan makanya ...Balik Pulau yang menjadi benteng kawasan Melayu di kawasan pulau di Pulau Pinang pun lama kelamaan akan ‘hancur’.

Sudahlah tiada kuasa ekonomi…kini kuasa politik ‘dah ruyup’.

Melihat dari kaca mata orang Melayu…ramai yang bertanya apa pengharapan yang dapat diletakan kepada PKR dan PAS dalam menjamin mereka tidak tercampak ke laut satu masa nanti.

Pakatan pembangkang masuk ke Pulau Pinang dengan karpet merah…hasil pembangunan BN sejak merdeka.

Kilang-kilang di Bayan Lepas dan Mak Mandin yang memberi ribuan peluang pekerjaan bukan hasil tangan lampu Aladin Guan Eng.Takat sembang sapa pun boleh.

Setelah empat tahu berlalu…belum nampak lagi sebarang buah tangan yang istimewa dipersembahkan oleh pakatan DAP-PKR dan PAS di negeri ini.

Dr Mansor dan Salleh Man bolehlah ajak Guan Eng ‘gencok boria’di pentas-pentas ceramah mereka.Manalah tau orang Melayu Pulau Pinang boleh terus dibawa ke alam mimpi untuk mengapai bulan dan bintang.

Ada kata-kata popular dikalangan anak negeri.Bunyinya begini….Bayan Lepas Balik Pulau…sini terlepas…sana terpelahau.AD

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.