Friday, August 17

Harami Punya PAS Takut Dengan DAP Rupanya?


Apakah istimewanya DAP sehingga Pas begitu hormat dan tunduk kepada apa jua kenyataan dan tindakan parti tersebut. Mana tidaknya… suara dan pandangan ikhlas daripada bekas orang nombor dua dalam Pas, Ustaz Nasharudin Mat Isa bukan sahaja tidak dilayan, malah beliau turut mendapat kecaman yang cukup dahsyat.


Mengulas mengenai perkara itu pendakwah bebas, Ustaz Jamil Long berkata itulah gambaran kepada sebuah parti yang kononnya melaung-laungkan perjuangan Islam yang mana memperlihatkan mereka seolah-olah ‘mengiktiraf’ DAP lebih daripada segala-galanya.

Sedangkan menurut beliau apa yang diperjuangkan dan dinyatakan oleh Ustaz Nasharudin jauh sama sekali untuk menghancurkan Pas dan sebagainya kerana apa yang dinyatakan oleh Ustaz Nasharudin itu ada hujahnya dan ada faktanya.


“Bukankah semua telah nampak dan boleh lihat bagaimana konsistennya DAP termasuklah Karpal Singh berhubung penentangan terhadap hudud serta penubuhan negara Islam. Justeru ada benarnya desakan Ustaz Nasharudin yang meminta Pas membuat pendirian jelas.

“Jangan masin tarik talilah…..Sepatutnya jika benar-benar Pas ada maruah, ‘tarik handbrake’ terus dalam pakatan pembangkang. Ini tidak… Pas lebih rela untuk menyerang, mengecam bekas pemimpin nombor duanya”, katanya.


Ustaz Jamil seterusnya menambah mungkin Ustaz Nasharudin tidak mahu ‘bersubahat’ dan terus merelakan parti itu terus menerus menjadi bahan kepada masyarakat umum yang melihat perjuangan ‘kluk-klek’ Pas.

“Apa yang ramai melihat Pas ketika ini adalah sekadar menjadi ‘pak turut’…’ kuda tunggangan’…dan macam-macam gelaran lagi. Dan Ustaz Nasharudin merupakan orang yang ada integriti adn cukup berwibawa. Beliau tentunya ikhlas untuk melihat Pas terus maju ke hadapan.

“Namun lain pula jadinya….Saya cukup sedih dengan apa yang belaku di dalam Pas hari ini. Tidak mengenal sesiapa dan apa sahaja boleh terjadi. Apa pun ingatlah kita hanya merancang dan Allah s.w.t yang menentukan segala-galanya,“ ujar beliau. -MediaUMNO

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.