Kelab Putera 1Malaysia akan membaiki prosedur keselamatan misi kemanusiaan untuk membantu orang Islam Rohingya di Myanmar bagi mengelakkan tragedi Somalia tahun lalu berulang.
Presidennya, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, bagi memastikan ahli rombongan misi berada dalam tahap keselamatan yang optimum, mereka diwajibkan memakai jaket kalis peluru sebaik melepasi sempadan Bangladesh untuk ke kawasan bergolak.
Bagaimanapun katanya, mereka hanya akan melepasi sempadan sekiranya keadaan di sana mengizinkan untuk dimasuki
“Rombongan misi kali ini tidak akan terus ke tempat bergolak sebaliknya akan berpusat di Bangladesh dahulu dan kami akan mendapatkan laporan mengenai keadaan di sana daripada badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang datang dari Rakhine.
"Kalau keadaan baik barulah kita akan masuk, kalau tidak, kita hanya akan menyalurkan bantuan melalui NGO-NGO berkenaan sahaja," katanya pada sidang media ketika mengumumkan mengenai misi bantuan kemanusiaan terhadap rakyat Rohingya, di sini, hari ini.
- Posted using BlogPress from my iPad
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.