Friday, August 10

KENAPA PENIAGA MELAYU DIHALAU, ALASAN JALAN SESAK?


Kerajaan negeri baru-baru ini telah mengambil langkah untuk menempatkan semula bazar Ramadan di sepanjang Jalan Penang dengan menyatakan kesesakan lalu lintas sebagai salah satu alasan utama.Peniaga yang terlibat akur kerana mereka mahu meneruskan perniagaan mereka tanpa masalah..

Jika kerajaan negeri DAP yang sememangnya RASIS dalam hal ini patut bertindak sama rata dan adil . Jika benar-benar serius dalam menangani isu kesesakan jalan ini, langkah segera yang perlu diambil bagi mengatasi masalah ini ialah di kawasan-kawasan berikut yang mendapat pemerhatian MKP sebagai kawasan yang mengalami masalah kesesakan:

Semua jalan di mana terdapat sekolah terutama sewaktu tamat sesi persekolahan;

Jalan Burma di hadapan Kedai Biskut Him Heang yang terkenal di mana penduduk tempatan dan pelancong meletak kenderaan mereka secara tidak teratur untuk ke kedai tersebut;

Jalan Burma di hadapan kedai makan terletak jauh sedikit dari kedai Him Heang di mana orang ramai berhenti untuk membeli makanan;

Di Fettes Park di bahagian hadapan kedai makan;

Di Jalan Penang dan Lorong Keng Kwee berdekatan kedai cendol Jalan Penang;

Jalan utama di mana terdapat pentas opera, sesetengah jalan tidak dapat dilalui sepenuhnya terutama sekali ketika Perayaan Hantu Lapar;

Jalan utama di seluruh negeri Pulau Pinang di mana terdapat gerai makan sementara yang didirikan semasa Perayaan Nine Emperor;

Jalan di kawasan Little India sebelum Deepavali di mana khemah didirikan menjadikan jalan sempit dan hampir tidak dapat dilalui;

Jalan Masjid Kapitan Keling pada waktu malam di mana ramai orang mengunjungi gerai nasi kandar meletak kereta dan motosikal secara tidak teratur ketika solat Jumaat dan tarawih dan mereka yang berhenti di hadapan kedai tukaran wang;

Meletak kenderaan secara tidak teratur di hadapan mahkamah di Lebuh Light di mana kereta boleh dilihat diletakkan di atas garisan kuning, kaki lima jalan dan juga di hadapan sekolah.

Melainkan pihak berkuasa mengambil tindakan segera bagi menangani masalah yang ada, pulau ini akan menjadi tempat yang tidak lagi sesuai untuk didiami.

MKP Ayat Sempoi : Patutnya Semua diberi keadilan yang saksama peniaga terpilih didahulukan oleh DAP......Kata RASIS DEPA MENGAMUK PULAK>>>

1 comment:

  1. peniaga cina ditaman u johor meniaga di tengah jalan tak kena halau pun.memang dap anti Melayu.

    ReplyDelete

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.