Sunday, August 12

Kenapa Thamrin Anak Ghafar Baba Masuk PAS?



Antara sebab musabab Thamrin anak Ghafar Baba menyertai Pas dan bukan PKR. Di ketahui umum Tun Ghafar Baba merupakan Timbalan Presiden Umno pilihan Dr Mahathir semasa era Umno baru pulih dari di haramkan pada 1988.

Sepatutnya pemilihan Umno diadakan pula pada 1991 tetapi demi perpaduan Melayu yg baru pulih dari kecederaan(Umno di haramkan pd 1988 akibat perebutan jawatan berpunca dari pertandingan Tunku Razaliegh menentang Dr Mahathir bagi merebut jawatan Presiden Umno pada 1987. 

Tahun Pertandingan paling bersejarah bagi UMNO kerana pihak yang kalah telah membawa kes kekalahannya ke mahkamah dan minta mahkamah mendeklarasi supaya pihak yg menang di batalkan kemenangannya seterusnya mengesahkan jawatan Presiden yang di menangi oleh Dr Mahathir sbg tidak sah kerana anggota G7 yang mengundi pada pemilihan itu merupakan bukan ahli Umno, dari Bahagian Tanjong, zaman Hj Rahim sebelum Dato Seri Zahrain Hashim di lantik sbg Ketua Bahagian. PENAJA. Ahli tadi jadi begitu kerana tak bayar yuran keahlian. 

Harapan Ku Li masa tu cuma nak mahkamah sahkan Dr Mahathir bukan pemenang sebaliknya Ku Li yang patut dapat jawatan tu. However, mengikut penilainan mahkamah melalui Perlembagaan Umno bila masa seseorang ahlli apabila tidak memperbaharui keahliannya melalui pembayaran yuran tahunan, maka dia automatik hilang haknya utk datang mesyuarat seterusnya di larang sama sekali terlibat dgn pemilihan di peringkat mana sekali pun. Pada mata mahkamah ahli tadi sepatutnya TAK BOLEH mengundi kerana dirinya sudah tidak sah sbg ahli UMNO. 




Impaknya di sini ialah bila seseorang itu bukan ahli Umno dan dia mengundi dan terlibat dgn pemilihan di peringkat cawangan, maka perwakilan dr cawangan ke bahagian sudah turut jadi tidak sah. Apalagi bila perwakilan tadi terlibat pula dgn pemilihan Bahagian. Persidangan Bahagian juga telah jadi tidak sah. 

Yang menjadi lebih parah ialah sudah la Persidangan Bahagian tadi tidak sah, G7 pula dihantar ke Persidangan Agong Umno di Kuala Lumpur utk mengundi pula dlm pemilihan MKT 1987. Maka semua menjadi tidak sah! Maka takrifan mahkamah ialah persidangan tahunan Umno dan pemilihan jawatan melalui pertandingan pada 1987 adalah TIDAK SAH. TAPI KES BERJALAN PADA TAHUN 1988, MAKA PERTUBUHAN UMNO ITU JATUH LAH PERTUBUHAN YANG TIDAK SAH. BASA OWANG KAMPUNG-HARAM. 

Ini la natijah hasil kerja tangan Team B dalam Umno masa tu. Di sini kita nampak dgn jelas bahawa pihak yang kalah telah sedia maklum apa yg mereka PREPARE jika pihak mereka kalah. Tetapi mereka langsung TIDAK tahu IMPAKnya jauh lebih PARAH iaitu MELAYU HILANG KUASA POLITIK DLM NEGARA MEREKA SENDIRI. Sbb tu sekarang bila ada mesyuarat cawangan, semua ahli di check samada org tu org Umno atau bukan. SOP ini sekali gus menafikan dakwaan PKR dan Pas yang UMNO ada ahli antu. Paham?? ) Berbalik pada kisah Thamrim. Selepas 1991, maka tiba tahun 1993. MKT buat keputusan supaya 2 jawatan tertinggi tidak di pertandingkan. 

Presiden dan Timbalan Presiden. Anwar masa tu dah jadi Naib Presiden tetapi memegang jawatan Menteri Kewangan. Bayangkan Anwar.....jawatan cuma Naib Presiden UMNO tetapi memegang jawatan Menteri Kewangan PEMEGANG KUNCI HARTA KARUN NEGARA. Anwar memang nak jawatan yang lebih tinggi dr apa yg dia ada pada 1993. TIMBALAN PRESIDEN. Jadi Anwar dah buat home-work melalui JAWATAN MEMTERI KEWANGAN YG DIA PEGANG. Banyak la cerita nya di situ. Baca la buku wey.....penat aku nak citer....ringkasan nya selepas tu ialah telah wujud 2 kem iaitu kem Timbalan Presiden-GHAFAR BABA dan InCOMING Timbalan Presiden-Anwar Ibrahim. Team Datuk Seri Anwar Ibrahim di kenali dgn nama Team Wawasan yg mana ada MUHAMAD TAIB, NAJIB RAZAK DAN MUHYIDDIN YASSIN. 

Very suprise kan.....Ghafar Baba tidak kalah dlm pemilihan pada tahun 1993. MALAH JAWATAN TIMBALAN PRESIDEN MEMANG TIDAK DI PERTANDINGKAN PUN......beliau menulis surat pada Dr Mahathir dan meletak jawatan secara terhormat. Anwar punya perkuda JAWATAN MENTERI KEWANGAN pada masa tu bukan hanya berjaya menghasilkan MALU kepada TIMBALAN PRESDIDEN kerana berundur sebelum masuk 'medan tempur' malah telah menyebabkan PAS melalui Lidah Rasminya HARAKAH menulis 'MENGUNDI ANWAR IBRAHIM IBARAT MENEMPAH BILIK DI NERAKA JAHANAM'. 

Akibat tekanan dr bahagian2 hasil LOBI Anwar melaui jawatan MENTERI KEWANGAN itu telah menyebabkan Dr Mahathir dan MKT terpaksa melantik Anwar Ibrahim ke jawatan no2 tertinggi parti dan ke jawatan TIMBALAN PERDANA MENTERI. Hati Ghafar Baba hanya Allah yang tahu pada masa tu. Maka anak2 Ghafar mula melihat permainan politik pijak memijak, cantas mencantas akibat kerja Anwar Ibrahim. Sbb tu pada masa HARI NI, THAMRIN MEMILIH UTK MASUK PAS DAN BUKAN PKR. Hari ni pemimpin tertinggi negara adalah DATO SERI NAJIB RAZAK DAN TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN. 2 manusia yg pada Thamrim bersekongkol terlibat dgn Anwar utk memjatuhkan bapanya dlm Umno pada 1993 dalam Team Wawasan. Kalu masuk PKR maka lagi teruk. DEMDAM LAMA PUN TAK SUDAH2 NAK SETTLE. 

Maka masuk Pas......bukan apa...di Kelantan bnyk bisnis. Husam Musa tahu benda2 ni semua. Lubang bisnis bnyk utk org Umno..Husam Musa tak bagi bisnis pada org Pas sbb Husam Musa tahu org2 Pas pun hanya CAKAP SAJA PANDAI TAPI NAK BUAT KERJA TAK TAHU. Husam Musa pun tahu walaupun Pas bergado dgn Umno, org2 Umno memang komited dlm bab kerja. Maka Thamrin dapat peluang itu. Bisni dapat silap2 hari bulan DAPAT JADI CALON AHLI PARLIMEN BATU BERENDAM DI MELAKA, GANTI BAPANYA DULU. Kan? kALAU TAK PERCAYA TANYA Roshatika Abu Bakar.......dia tahu mcm mana Husam Musa buat deal di Kelantan.......

Artikel dari MAMLUK Qalawun......

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.