Tuesday, August 7

MENIFESTO INI BUATKAN GUAN ENG KETAQ LUTUT?


Nampaknya BN Pulau Pinang benar mahu membela rakyat.Apa tidaknya dengan menyusur keakar umbi mengambil berat masaalah rakyat yang ditimpa kesusahan.Bukan janji retorik seperti dibuat oleh DAP akan tetapi ini melibatkan masalah penyelanggaraan rumah tempat tinggal meraka.Baguslah langkah ini demi mengambil hati pengundi......
Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang akan menyediakan satu rangka kerja bagi membantu mengatasi masalah yang dihadapi oleh pemilik-pemilik rumah berstrata (kediaman tinggi) terutama berhubung penyelenggaraan dan pengurusan perumahan mereka. 
Pengerusi BN negeri, Teng Chang Yeow berkata cadangan untuk menyediakan rangka kerja itu adalah bagi membantu mereka yang tinggal di perumahan kos rendah dan sederhana rendah. 
"Hasil kajian yang dilakukan, mereka ini (pemilik rumah berstrata) mengalami masalah dari segi kos penyelenggaraan dan pengurusan. Jadi kita mencadangkan satu rangka kerja untuk membantu pemilik-pemilik rumah berkenaan disediakan. 
"Menerusi rangka kerja itu kita akan mencadangkan supaya pemberian semula semua hasil kutipan cukai pintu dan tanah kepada jawatankuasa atau perbadanan pengurusan bersama bangunan berkenaan untuk digunakan bagi tujuan penyelenggaraan dan pengurusan bangunan," katanya. 
Beliau berkata cadangan itu adalah antara kandungan dalam manifesto BN Pulau Pinang untuk pilihan raya umum (PRU) akan datang. 
Katanya bagi rumah berstrata yang tidak mempunyai jawatankuasa mahupun perbadanan pengurusan, pihaknya mencadangkan satu agensi khas untuk menyelenggara dan menguruskannya bagi pihak pemilik. 
"Dengan cadangan itu, saya percaya masalah penyelenggaran dan pengurusan di rumah-rumah berstrata dapat diatasi," katanya. 
Selain itu, Teng berkata pihaknya juga mencadangkan agar satu skim untuk menyalurkan bantuan kewangan dan maklumat pengurusan kepada perbadanan pengurusan perumahan bagi penempatan perumahan pangsapuri dan kondominium dapat diwujudkan. 
“Ini termasuk memberi elaun kepada pengerusi dan setiausaha pengurusan perbadanan seperti yang diberikan kepada pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK). Ini berikutan mereka ini perlu menyelenggara lebih 300 unit rumah," katanya. 
Katanya semua cadangan itu akan dilaksanakan jika parti itu mampu menawan semula negeri berkenaan. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.