Tuesday, August 14

Nak RM5,000 Dalam Dua Hari?

MKP nak tanya apa pandangan anda jika dalam masa dua hari Dapat 5k ok tak?Mestilah masyukk dan terbaik rasanya...Orang yang kurang waras pun tahu menilai apa yang dapat dibuat dengan Duit.....Tapi itu bukan kisahnya yang hendak diceritakan....Tapi Kisah artis yang berusaha keras demi rezeki yang halal hasil dari titik peluk sendiri...Bukan macam Abby abady heee

Tasha Shilla yang menjual biskut raya di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Tidak mengendahkan statusnya sebagai selebriti, Tasha Shilla tetap menjual biskut rayanya di tempat terbuka.

Namun, dia ketika ditemui pada 9 Ogos lepas telah memberitahu bahawa kini kedainya telah pun ditutup disebabkan stok yang sudah pun habis dijual.



“Saya telah membuka kedai biskut raya saya selama 2 minggu dan kesemua stok telah pun habis dijual,” ujar Tasha Shilla.

Pelakon yang sering dikaitkan dengan gosip-gosip panas ini turut memberitahu bahawa dia telah mengutip keuntungan lebih dari yang dijangkanya. Ditanya apakah yang akan dilakukan dengan keuntungan tersebut, sambil tergelak Tasha menjawab, “Saya akan gunakan duit untung ini untuk membeli perabot baru di rumah.”

Ketika membuka booth di “Bazar Terbaik Raya TV3″ yang telah diadakan selama 2 hari di perkarangan Sri Pentas, Bandar Utama minggu lepas, Tasha turut memberitahu bahawa dia telah mengaut lebih RM5000 keuntungan dalam masa sehari.

Baguslah kalau begitu, sekurang-kurangnya sekarang kita tahu, Tasha sememangnya menggunakan hasil titik peluh sendiri untuk menikmati kemewahan yang dimilikinya sekarang.

1 comment:

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.