Friday, August 3

OBAMA PUN TIRU SLOGAN JANJI DITEPATI?


Bayangkan sekiranya Presiden Barack Obama yang terlebih dahulu mengguna pakai slogan “Janji Ditepati” (Promises Kept) kemudian digunakan pula oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak, tentunya tidak cukup selori makian dan cercaan yang dihamburkan oleh penyokong pembangkang terhadap PM.

Slogan “Promises Kept” yang sekarang menjadi tagline kempen Presiden Amerika Syarikat itu membuktikan konsep Janji Ditepati sepertimana dianjurkan oleh Kerajaan BN pimpinan Dato’ Seri Najib tidak terhad di Malaysia sahaja sebaliknya turut diamalkan di negara lain.

Barangkali Obama sememangnya tertarik dengan konsep Janji Ditepati yang dipelopori oleh Kerajaan BN disebabkan itu ia turut dijadikan tagline kempennya ataupun secara tidak sengaja ianya kebetulan sama, sukar untuk ditentukan.

Apa yang pasti, samada Janji Ditepati yang dipelopori oleh Najib ataupun Promises Kept yang diperjuangkan oleh Obama, masing-masing telah menyeru rakyatnya kepada nilai murni sekalipun dalam beberapa perkara kedua-dua negara ada perbezaannya.

Satu hakikat yang tersurat sejak azali, Islam sendiri telah sekian lama mendidik dan menuntut umatnya sentiasa berpegang pada janji dan menepati janji.

Jadi amatlah canggung dan pelik sekali bilamana tiba-tiba sahaja ada segelintir umat Islam di negara kita khususnya dari PAS dan PKR begitu keras sekali menentang anjuran mengamalkan nilai mulia menepati janji.

Sedangkan penganut Kristian seperti Obama pun tahu pentingnya memiliki sikap murni sedemikian, tidakkah terdetik sedikitpun rasa malu dikalangan pemimpin PAS dan PKR kerana masih terus mempolemikkan isu slogan Janji Ditepati?.

Hatta lain-lain agama dan segala kaum bangsa yang wujud atas bumi ini pun sentiasa menuntut kepada amalan menepati janji, bukankah itu cukup untuk membuktikan betapa mulianya sikap sebegitu?

Atau sememangnya sudah selayaknya PAS dan PKR digelar sebagai munafik dek kerana hanya golongan munafik sahaja yang sanggup mengajak pengikutnya melanggar seruan menepati janji. Mungkin juga ada betulnya.

Lagipun diimbas pada 3 ciri utama golongan munafik, seperti terlalu kerap ingkar bila berjanji, acapkali berdusta bila berkata-kata dan gemar mengkhianati amanah yang diberi, kelihatannya seakan ketiga-tiga ciri tersebut agak dekat dengan tindak tanduk PAS serta PKR.

Mungkin kerana itulah PAS dan PKR paling lantang menolak penggunaan slogan Janji Ditepati untuk sambutan kemerdekaan ke 55 negara tahun ini dan lebih selesa menggunakan slogan ciptaan mereka sendiri ‘Sebangsa, Sejiwa dan Senegara’.

1 comment:

  1. Saya pasti kamu akan menyunting komen saya tapi tidak apa lah, asal kamu dengar jelas2 mesej saya.

    Ya obama menggunakan 'promise kept' sebagai slogannya tpi sebagai slogan parti bukan slogan independence day...bayangkan kalau obama gunakan slogan itu semestinya dia akan dicemuh oleh rakyatnya. Pastikan kamu tau membezakannya kedua2 hal yang tidak berkaitan itu.

    Orang BN kalau partisan, kalau partinya salah masih dibela

    ReplyDelete

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.