Apa dah jadi dengan pemimpin PKR Selangor nie,Sanggup berhabis wang ringgit demi menjilat Anwar the great hanya untuk tujuaan berkempen...Rakyat Selangor menderita dengan masaalah Air dan hingga kini masih belum selesai..Jika dakwaan khalid yang menyatakan tidak mengunakan wang kerajaan negeri mungkin menimbulkan tanda tanya? Kenapa menghabiskan wang demi parti sedangkan kempen mereka demi rakyat.Namun rakyat Selangor ditinggalkan dengan masalah?
Setahu MKP membina loji adalah tugas kerajaan negeri. Syabas hanyalah sebuah syarikat yang membeli air dari loji-loji yang diurus oleh syarikat konsesi rawatan air untuk diagih kepada pengguna air. Jika nak jaga kebajikan rakyat, laksanakanlah kerja-kerja tersebut tak perlulah bersyarat pula.
KERAJAAN PKR Selangor telah maklumkan kepada umum penemuan hasil kajian jawatankuasa pemantau yang ditubuhkannya menyiasat isu bekalan air terawat di Selangor.
Sekarang kita juga minta Puncak Niaga, Splash dan Abass kemukakan pula fakta mereka tentang status kerja loji-loji rawatan air di bawah seliaan mereka. Bukannya apa kita tidak mahu mana-mana pihak merubah fakta demi kepentingan politik mereka. Dan kerana agenda politiklah maka suntikan modal kepada operator air yang sepatutnya digunakan untuk tukar paip-paip lama telah dihalang.
Inikah corak kerajaan yang dikatakan mengamalkan konsep negeri berkebajikan? Rakyat Selangor sebagai pengguna tidak suka kepada banyak alasan yang diberikan. Jika loji memproses air kurang, bina loji tambahan; jika loji kecil, perbesarkan loji sedia ada; jika air terawat kurang, sila tambah kapasiti air bersih; jika paip lama sering bocor dan rosak beri dana untuk menggantikannya.
Tiada apa yang mustahil dan susah jika kerajaan negeri yang memerintah benar-benar faham hati nurani rakyat. Jika kerajaan sedia ada masih buat-buat tak faham, elok digantikannya sebelum paip-paip lama digantikan.
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.