Apa kes sampai boleh bagi sampai macam tue?So Guan Eng akan berdiam diri atau menyalahkan orang lain dalam kes ini?Jawapan yang MKP boleh agak ialah ini adalah konsprasi KITA untuk menjatuhkanya serta mengaibkan beliau dengan tomahan?LU memang lidah bewak la Guan Eng?
Parti KITA hari ini meminta Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menjelaskan berhubung kemampuan seorang bekas kakitangan pejabat beliau memiliki sebuah rumah mewah di Jalan Chemor, Georgetown, Pulau Pinang.
Bendahari KITA negeri Kedah, H"ng Sau Ping ketika mendedahkan pemilikan rumah teres dua setengah tingkat bernilai RM1.8 juta oleh bekas kakitangan itu berkata ia tidak sepadan dengan pendapatannya sebagai staf pejabat Ketua Menteri.
"Saya ingin bertanya kepada Lim dan memberi beliau masa seminggu mulai hari ini agar dia atau isterinya memberi penjelasan atau saya akan meminta izin beliau untuk mendedahkannya.
"Kadar sewa di kawasan itu mencecah RM3,500 sebulan dan pasti dengan gaji yang diterima, pemiliknya tidak mampu tinggal di rumah ini kecuali dia ada hubungan istimewa dengan seseorang," kata H"ng kepada pemberita di pejabat KITA Sungai Petani di sini.
"Saya dapat maklumat ini dari sumber kuat bahawa lokasi rumah tersebut tidak jauh dengan kediaman Ketua Menteri Pulau Pinang dan bekas kakitangan itu juga masih bertugas dengan kerajaan negeri.
"Sebagai seorang rakyat, saya berhak mengetahui perkara sebenar dan menuntut Lim telus dalam perkara ini kerana beliau sering mencanangkan bahawa DAP mengamalkan sistem telus," katanya. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.