Pemimpin DAP kini bersuara lagi pasal anti lompat parti malah kerajaan DAP Pulau Pinang merancang usul anti lompat parti pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) November ini.
Ketua Menterinya, Lim Guan Eng, yang juga Setiausaha Agung DAP, berkata cadangan itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Exco negeri akan datang.
“Kita juga akan mendapatkan nasihat daripada penasihat undang-undang kerajaan negeri.
“Jika anggota exco bersetuju, undang-undang ‘anti lompat parti’ itu akan dibentangkan pada sidang Dewan Undangan Negeri pada November,”katanya..
Selain Guan Eng, Pengerusi DAP Karpal Singh juga pernah bising pasal lompat parti malah beliau menegaskan sentiasa menentang tindakan melompat parti.
Beliau berkata tindakan itu adalah satu perkara yang serius kerana melibatkan pengkhianatan anggota Parlimen atau Dewan Undangan Negeri yang dipilih rakyat.
"Anda tidak boleh mengambil tindakan sendiri yang bertentangan dengan kehendak rakyat dan DAP tidak akan bertolak ansur dengan tindakan melompat parti," katanya.
Karpal juga berkata DAP berharap pilihan raya umum akan datang adalah bersih dan calonnya juga bersih serta tidak mengkhianati rakyat.
Beliau berkata mahkamah telah mengisytiharkan bahawa tindakan melompat parti tidak menyalahi undang-undang namun melanggar hak perlembagaan
untuk kebebasan berpersatuan.
Nampaknya, Anwar sengaja buat ‘pekak’ telinga pasal kemarahan DAP terhadap mereka yang lompat parti kerana dibuai mimpi hendak ke Putrajaya.
Anwar tahu, inilah peluang terbaik beliau untuk terima seberapa ramai wakil rakyat BN yang dah ‘luput tarikh’ sertai perjuangannya pada PRU 13.
Cuma ramai ingin lihat sejauh mana DAP sanggup berkeras dalam soal anti lompat parti kali ini.
Adakah isu itu akan jadi macam Karpal Singh yang tegar sanggup mayatnya dilangkah dalam menentang Hudud?
Khabarnya, DAP di negeri Pulau Mutiara itu semakin tertekan kerana kebangkitan rakyat menyokong BN dan mungkin peluang BN rampas semua negeri itu cerah jika ada beberapa wakil rakyat DAP lompat parti nanti.
DAP tidak mahu sejarah Yit Foong berulang tetapi dalam masa sama Anwar ingin cipta sejarah berharap guruh di langit...sedangkan beliau lupa sudah banyak air tempayan tercurah selepas ramai ahli parlimen dan ADUN PKR yang keluar parti.
Senang cakap, Anwar kini semakin terdesak dan cuba berbagai cara untuk menutup kelemahan dan pekong pada dirinya.
Sebab PRU 13 adalah perjuangan terakhir beliau dan keluarganya. Begitu juga Karpal dan keluarga Lim.
Ikut lojiknya kerana terlalu mengharapkan undi bukan Melayu khususnya kaum Cina...jika DAP berkeras dalam soal anti lompat parti, Anwar kena tekan hand brake dalam soal nak menjala pemimpin BN yang kecewa dan keluar dari komponen itu.
Nampak macam DAP cuba menghantar mesej jelas kepada Anwar dengan gegar gempita mereka mahu gubal undang-undang anti lompat.
Masa akan menentukan...mari kita sama-sama tengok siapa yang lebih power...Anwar atau DAP AD
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.