Tuesday, September 11
ABBY CERAMAH ATAU JUAL BODY?
Kenapa ada yang menyapu dahi mungkin ceramah ini tidak sesuai kepada mereka.Ayat yang kuar dari mulut abby adalah nak masuk syurga kena isi borang masyuuuuk PAS beb baru berkat.....Dr Asri dalam satu kenyataan di laman blognya hari ini telah membidas Pas didalam isu bekas penyanyi kumpulan Elite, Abby Abadi yang menyertai parti tersebut baru-baru ini.
Bekas Mufti Perlis tersebut mempersoalkan pihak PAS yang memberikan platform kepada Abby untuk bercakap tentang isu-isu berkaitan dengan Islam dan politik tanpa sebarang ilmu dan pendidikan yang selayaknya.
“Di celahan itu yang menarik hari ini artis-artis yang baru masuk politik sehari dua pun seakan sudah menjadi ‘sarjana Islam’.., kata beliau.
“Mereka mula mengeluarkan hukum ke atas orang lain. Sambutannya hebat. Modalnya bukan ilmu, tapi ‘wajah dan penampilan’ yang memikat penganjur.
"Jika ‘ustaz’ dibayar seratus dua, tetapi artis yang bercakap Islam dibayar beberapa ribu ringgit satu ceramah. Namun jika artis lelaki, ataupun artis wanita yang ‘kurang comel’, tidaklah seberapa sambutan dan bayarannya.
“Kita hendaklah tahu seperti yang disebut oleh para sarjana Islam, bab politik islami bukan mudah untuk dihuraikan.
"Politik memerlukan kefahaman tentang maslahah dan maqasid syarak. Suatu ilmu yang memerlukan banyak latar pengetahuan yang baik.
"Namun, jika artis masuk parti politik, segala kesarjanaan itu seakan diberikan kepadanya. Ini memang tanda-tanda akhir zaman.." katanya lagi.
1 comment:
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.
akhir zaman ni..orang yang akan bercakap tentang islam bukan pada bidang nya..fikir-fikir lah di mana kebenarannya..
ReplyDelete