Pernah dengar ke nama Datuk Yahya Lampong sebelum ini? MKP tak pernah dengar nama nie menghiasi laman akhbar berita tempatan atau dari blog pakatan sebelum ini hinggalah beliau umum keluar dari UMNO dan masuk PKR.Pemimpin bila dah rasa suam kuku mulalah nak buat kecoh lompat parti dan sebagainya. Salah satu darinya ialah nak kembali berkuasa dan menaikan nama demi meraih simpati.Bila nama dah meletop sudah pasti akan menjadi perhatian.So senanglah nak lobi lepas nie..
Paling memalukan ialah Datuk Yahya Lampong bukan lagi sebagai Naib Presiden Perkasa sejak dari tahun 2009.Malu tahap gaban der bila Perkasa mengeluarkan kenyataan nie kt blog rasmi PERKASA...
Terdahulu, Anwar Ibrahim mengisytihar bekas menteri dan Naib Presiden Perkasa, Datuk Yahya Lampong keluar Umno di Restoran Singgah Singgarung, Tuaran, Sabah.Anwar yang keluarkan kenyataan macam nie beb,sama jualah Anwar dan sekutunya serta keadilanDaily suka menfitnah dan tembak pakai serkap jarang.Jika benda macam nie pun depa boleh tipu. Apa lagi benda lain yang melibatkan keselamatan serta maruah negara beb.
MKP dapat maklumat nie dari kawan kat Sabah menyatakan Datuk Yahya Lampong nie kalah pada Datuk Musbah Jamli .Datuk Musbah umpama seorang artis yang mempunyai peminatnya tersendiri, dan yang paling menarik dan berbeza dengan pemimpin lain ialah kerana beliau mempunyai penyokong yang amat setia kepada beliau.
Ketaatan dan kesetiaan penyokong beliau telah beberapa kali teruji dan tidak pernah mengkhianati perjuangan beliau, misalnya pada tahun 2004 apabila beliau tidak bergelar wakil rakyat kerana tempat beliau telah diberikan kepada Tan Sri Pandikar.
Selama hampir lima tahun beliau tidak mempunyai kuasa, penyokong-penyokongnya tidak pernah meninggalkan beliau, malahan pada pemilihan UMNO Bahagian Kota Belud tahun 2004 penyokong-penyokongnya telah membuktikan sokongan mereka apabila memberikan kemenangan kepada beliau sebagai Ketua UMNO Bahagian dengan mengalahkan Datuk Yahya Lampong tajaan mantan Ketua Bahagian sebelum itu Datuk Salleh Tun Said dengan majoriti yang amat besar iaitu lebih 200 orang.
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.