Jika dahulu BR1M hanya disasarkan kepada Ketua Keluarga yang berpendapatan kurang dari 3ribu kebawah aje,Tapi kali nie nampaknya DS Najib Razak mengambil berat terhadap orang muda yang menjadi pemangkin negara. Nampaknya pendapat serta pendapat Belia kini mendapat tempat dihati DS Najib Razak serta kerajaan BN...Tidak pernah lagi sebelum ini dilaksanakan sebegini rupa.
Orang Bujang jika anda merasakan Kerajaan BN tidak peduli terhadap anda.Kini boleh dikatakan anda silap....Sebagai orang muda/bujang tidak berapa minat dengan bajet nie kerana apa yang kita bakal dapat? Yang paling best ialah pemberian rebat RM200 kepada belia bagi pembelian telefon mudah alih pintar 3G yang dicadangkan PM dalam pembentangan Bajet 2013.Pembangkang kata telefon pintar tidak perlu kepada Belia adakah pembangkang menghargai belia kita membuat kenytaaan sebegitu rupa...
Kriteria Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) diperluaskan lagi kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan.
BR1M 2.0 yang diumumkan oleh Perdana Menteri DS Najib Tun Razak dalam pembentangan Bajet 2013 sebentar tadi melibatkan peruntukan berjumlah RM3 bilion dan akan mula dibayar awal tahun depan.
Menurut DS Najib bantuan tersebut akan memberi manfaat kepada 4.3 juta isi rumah serta 2.7 juta individu bujang di negara ini.
Katanya, bagi memudahkan pelaksanaan itu, penerima sebelum ini tidak lagi perlu mendaftar untuk kali kedua, manakala pemohon baru boleh mendaftar mulai November ini secara online atau datang sendiri ke kaunter di Pejabat Pembangunan Negeri, Pejabat Daerah dan Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri di seluruh negara.
"Hakikatnya bantuan kepada isi rumah dan individu bujang ini bukanlah satu langkah populis, malah manifestasi sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan mampu mengurus kewangan negara dengan berhemah," kata beliau ketika membacakan teks ucapan.
Bantuan terbaru itu susulan BR1M inisiatif kerajaan sebelum ini yang sejumlah RM500 kepada setiap isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan ke bawah membabitkan peruntukan kerajaan menjangkau hampir RM2.16 bilion.
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.