Friday, September 14

GILA PUNYA PEREMPUAN PAUT PADA BONET KERETA

Berpaut pada bonet kereta memegang viper dan kereta ini dipandu hingga ke Balai Polis.MKP ingat kt Malaysia benda mancam nie tak boleh jadi tapi dengan video yang ada sah memang kereta itu berjalan dan perempuan nie dengan muka selamba gila.Topi dia pulak tak jatuh dan kekal macam tue.....

Ia dimuat naik pada 14 Ogos lalu oleh individu bernama qhairin dan setakat ini sudah lebih 271,000 kali ditonton di Youtube.

Mengikut penerangan yang diberikan, ia asalnya melibatkan satu kes kemalangan yang kemudiannya berubah menjadi satu insiden lawak.

Kejadian belaku di Cheras pada 27 Julai lalu.

Mengikut penerangan itu, wanita warga China seperti yang dapat dilihat dalam video itu, telah melanggar kereta perakam video berkenaan.


Permasalahan timbul apabila wanita itu bukan sahaja tidak mahu membayar ganti-rugi tetapi sebaliknya menafikan sepenuhnya bahawa dia yang melanggar kereta perakam.

“Memandangkan wanita itu enggan membayar ganti rugi, saya dan ibu saya memutuskan untuk membuat laporan polis, jadi kami kembali ke kereta dan bersedia mahu ke balai polis.

“Namun, pada masa yang sama, wanita itu juga enggan melepaskan kami, jadi dia bersandar dengan meletakan perutnya ke atas bonet kereta kami dan berulang kali memberitahu para penunggang motosikal di sekeliling bahawa kami membulinya.

“Akhirnya kami hantar dia ke balai polis dengan dia bergayut pada bonet kereta kami. Wanita ini sangat menjengkelkan, harap pemandu sekitar Cheras tidak bertemu dengannya lagi,” kata perakam video berkenaan.

Disebabkan dia bergayut di hadapan kereta itu, maka wanita berkenaan telah diberi nama julukan The Wiper Women.

Lihat betul-betul, kereta itu sebenarnya sedang bergerak ketika rakaman diambil.

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.