Filem Innocence of Muslim tu memang la menghina Islam tapi dia ada bagi kita satu motif dan sebab.Antara sebabnya diorang nak tahu berapa ramai umat Islam yang HIPOKRIT!
Kamu semua marah dan menyumpah seranah pengarah yang mengarahkan filem itu kerana menghina Islam dan Nabi Muhammad Saw, tapi tidakkah kamu semua sedar yang kamu sendiri menghina Islam, Muhammad Saw dan seluruh hadis hadis Muhammad Saw?
Nabi menyuruh kita sembahyang 5 waktu sehari semalam, "solat itu tiang agama dan bagi sesiapa yang tidak menunaikan maka dia meruntuhkan agama mereka". Tapi adakah KAMU SEMUA MENUNAIKANNYA? Tidak menunaikan solat 5 waktu samalah seperti menghina Nabi Muhammad dan hadis hadis mereka, kerana hadis Nabi untuk diikuti, bukan setakat dengar sahaja.
Rasulullah Saw itu nakhoda kapal islam kita, kita sebagai anak kapal hendaklah mematuhi arahan nakhoda kita kalau tidak mahu kapal agama kita tenggelam. Tidak dengar arahan Nabi umpama menghina Nabi sendiri. Kita menyumpah saranah pengarah filem tersebut tetapi apabila kita menyumpah mereka, mereka mengertawakan kita kerana kita HIPOKRIT!
Dari mengutuk atau mengecam pengarah filem tersebut, lebih baik kita berdoa agar pengarah tersebut diberikan hidayah oleh Allah Swt. Kita mengutuk mereka, kita dapat dosa. Nabi tidak ajar kita mengutuk orang kafir, sebab itu zaman Rasulullah Saw mereka tertarik dengan Islam kerana Islam itu lembut tapi tidak bermakna Islam itu lemah.
MKP Ayat Sempoi : Sekadar renungan dan patut difikirkan secara waras.
- Posted using BlogPress from my iPad
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.