Wednesday, September 12
KHTUBAH JUMAAT PUN CERITA KASUT KE?
Tidak pelik imam masjid di negeri dikuasai pembangkang itu membesar-besarkan isu tersebut dengan harapan orang ramai mengutuk mereka yang membaling kasut dalam masjid ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan takzirah maghrib, 2 September lalu.
Kalau ikut apa dilaporkan media atau blog pro pembangkang, insiden membaling kasut itu membabitkan Perkasa Kedah yang kesal kehadiran Anwar menyampaikan takzirah di masjid Seberang Pumpong Alor Setar itu.
Namun, paling marah dengan kejadian itu adalah Naib Presiden PAS,Datuk Mahfuz Omar yang mendakwa kasut itu nyaris terkena beliau.
Cuma menjadi tanda tanya, benarkah kejadian baling kasut itu atau sekadar helah pembangkang untuk alih isu memijak gambar pemimpin dan mahu menukar Jalur Gemilang yang membangkitkan kemarahan rakyat?
Ini kerana tidak ada media pembangkang pun menunjukkan ‘kasut’ dimaksudkan ahli parlimen Pokok Sena itu sedangkan pasti ramai wakil media hadir ke majlis itu kerana tetamunya adalah Anwar.
Ada rakan-rakan media dan blogger malas layan isu ini kerana yang buat cerita adalah Mahfuz.
Mahfuz cukup terkenal dengan cerita-cerita dan omong-omong kosong dan mungkin cerita pasal nyaris terkena kasut itu khayalan beliau saja.
“Kalau betul ada kasut, tentu awal-awal lagi Mahfuz dan ambil dan tunjuk kasut itu pada jemaah masjid. Tentu lebih kecoh dan publisiti lebih besar...mana dia kasut tu,” Tanya seorang rakan media.
Dan apabila Mahfuz menegaskan perbuatan membaling kasut ke dalam masjid lebih biadap jika dibandingkan dengan memijak gambar pemimpin Negara, ianya sekaligus menjawab persoalan di atas.
Seperti dilaporkan organ rasmi partinya, Mahfuz berkata, tindakan menyerang dan membaling kasut sampai ke dalam masjid itu adalah tindakan biadap dan tercela kerana ianya rumah Allah dan tempai ibadat orang Islam.
Beliau kecewa media arus perdana seolah-olah meminggirkan perkara itu dan lebih memperbesarkan isu memijak gambar perdana menteri.
Mahfuz turut bertanya adakah memijak gambar pemimpin lebih hina dari membaling kasut di masjid kerana tidak ada seorang pun pemimpin mahupun liputan diberikan kepada perbuatan tersebut.
Beliau juga berpendapat, tindakan media arus perdana yang memperbesarkan isu memijak gambar pemimpin adalah untuk menimbulkan kemarahan rakyat kepada Pakatan Rakyat.
Mahfuz menimbulkan teka teki pasal insiden baling kasut dan beliau sendiri menjawab teka teki itu.
Jelas pembangkang semakin terdesak kebelakangan ini kerana tindak tanduk mereka sudah mulai menimbulkan muak dikalangan rakyat.
Pembangkang tidak bolen menafikan mereka tidak terbabit dengan insiden menunjuk buntut kepada gambar Perdana Menteri dan mahu menukar Jalur Gemilang.
Kehadiran dua pemimpin DAP, ahli parlimen Bakri, Er Teck Hwa dan Timbalan Pengerusi DAP Johor Norman Fernandez mengiring seorang gadis yang dikehendaki polis bagi membantu siasatan insiden memijak gambar pemimpin negara menyerah diri di Balai Polis Sentral, Johor Bharu adalah jawapannya.
"Gadis itu bukan anggota DAP tetapi dia tampil kepada kami untuk meminta pertolongan. Dia dibawa polis ke rumahnya untuk mengambil pakaian berwarna merah yang dipakai pada hari tersebut sebelum ke Kuala Lumpur bagi siasatan lanjut," kata Fernandez yang bertindak sebagai peguam model sambilan itu.
Pembangkang boleh menafikan pembabitan mereka tetapi bukan sekali tetapi banyak kali jika ada insiden, pembangkang akan muncul terlebih dahulu dengan mereka yang disyaki melakukan kesalahan.
Pembangkang juga yang akan menyediakan peguam untuk mereka ini.
Malah kerajaan Selangor pernah mengeluarkan wang negeri untuk membiayai pengurusan kematian seorang lelaki India yang mati dalam lokap polis dua tahun lalu.
Pembabitan pembangkang dalam kebanyakkan isu tidak boleh ditutup begitu sahaja ibaat mahu menutup bangkai ajah dengan nyiru.
Hari demi hari ketika pilihanraya umum ke 13 menghampiri peti undi, PKR,DAP dan PAS semakin tersepit dan apa juga ruang yang ada yang membolehkan keuntungan politik terhadap mereka, pasti akan digunakan.
Malah dalam kes gadis yang didakwa memijak gambar Datuk Seri Najib Tun Razak, mereka mempertikai kenapa polis menggunakan gari terhadap gadis
tersebut.
Penganjur perhimpunan Janji Demokrasi, Maria Chin Abdullah juga mempetikai polis yang didakwanya bertanya soalan-soalan ‘tidak relevan’ ketika beliau dan Datuk A Samad Said dipanggil memberi keterangan kepada polis berhubung kejadian malam 30 Ogos itu.
"Soalan yang ditanyakan oleh polis tidak relevan kerana kesemua jawapan itu dia boleh perolehi di luar sana dan di (laporan) media," katanya.
Maria ditemani peguam Lathefa Koya manakala A Samad yang mesra dengan panggilan Pak Samad pula diwakili peguam Datuk S Ambiga dan Syahredzan Johan.
Diulang sekali lagi, Maria ditemani peguam yang kesemuanya ada kaitan dengan pembangkang.
Tak kanlah apa yang perlu polis soal patut jadi isu. Itu hak pihak berkuasa untuk mendapatkan bukti dan gambaran sebenar bukannya bergantung kepada laporan media.
Jelaslah, isu baling kasut, gari dan soalan tidak relevan polis tidak ada kena mengena kecuali helah pembangkang untuk terus meraih simpati dan menyalahkan orang lain bagi membangkitkan kebencian rakyat kepada polis dan kerajaan.
Ada pepatah – orang hampir lepas, dengan sehelai rambut pun boleh berpaut.
Pembangkang kini hampir kelemasan berdepan PRU 13 yang mungkin awal Disember ini.
Oleh itu, Mahfuz terpaksa mereka cerita ‘kasut terbang ’ selagi ada masa sebelum pembangkang ‘terbang’ ibarat daun-daun berguguran ditiup angin ditolak rakyat pada pilihanraya nanti.
Dan bagi jemaah masjid pula terutama di negeri dikuasai pembangkang, jangan terima bulat-bulat apa khutbah atau ceramah disampaikan imam atau mana-mana penceramah.AD
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.