Aktress ini telah memfailkan saman pada hari Rabu lalu di Los Angeles dan mendakwa dirinya telah ditipu oleh Nakoula Basseley Nakoula, individu yang bertanggungjawab menghasilkan filem anti-islam. Wanita ini turut mendakwa yang dirinya langsung tidak menyedari filem tersebut mengandungi unsur anti-Islam dan menyatakan skrip yang diterimanya langsung tidak menyebut mengenai Nabi Muhammad SAW.
“Filem ini keji dan patut dikecam. Saman ini bukanlah serangan terhadap hak rakyat Amerika meluahkan apa yang mereka fikir. Saman ini juga menggesa supaya kandungan yang menghina sebegini dikeluarkan daripada internet,” kata peguam Garcia, M. Cris Armenta dalam satu kenyataan.
Disamping itu, menurut sebuah laporan Media Australia, sebelum filem tersebut dimuat naik menerusi internet, ia telah diubah suai dan di edit bagi menampakkan yang kononnya Cik Garcia secara sukarela melakukan kebencian terhadap anti-Islam. Selain itu, suaranya turut ditukar bagi memberikan lagi impak menghina Nabi Muhammad SAW.
Dakwaan lain yang di buat oleh Cik Garcia adalah, dirinya menerima banyak ugutan bunuh sejak filem tersebut tersebar di internet. Insiden ini turut memburukkan reputasi dirinya dan membuatkan dirinya merasa begitu malu dan terhina.
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.