Kenyataan terbaru Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mahu bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) ditempat beliau membuang undi, sudah pasti mengejutkan, sekurang2nya untuk sekutunya PAS. Sebabnya mudah, rekod terakhir menunjukkan bahawa Presiden PKR itu mengundi di Sekolah Kebangsaan Seri Penanti, Kubang Semang. Ini adalah semasa pilihanraya kecil Permatang Pasir yg terletak dalam kawasan parlimen Permatang Pauh pada 25 Ogos 2009. Kerusi tersebut dimenangi oleh Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Salleh Man, dan memang Permatang Pasir secara tradisinya sejak turun temurun kerusi PAS.
Dari zaman arwah Haji Zabidi Ali sehingga ke allahyarham Hamdan Abdul Rahman, PAS di Pulau Pinang wajib bertanding di kerusi Permatang Pasir. Kalau hendak buat jangkaan mudah, mungkin akan ada pertukaran kerusi. Ada cakap2 dari Pulau Mutiara mungkin Timbalan Ketua Menteri 1, Dr Mansor Othman yg merupakan ADUN Penanti akan bertanding kerusi Parlimen dalam PRU akan datang. Mansor dijangka bertanding kerusi Parlimen Bayan Baru yg kini disandang oleh Datuk Seri Zahrain Hashim yang sudah keluar PKR manakala kerusinya di Penanti diserahkan kepada PAS.
Kerusi Penanti bukanlah kerusi yang selamat kepada PAS atau PKR, pada tahun 2004, ketika tsunami politik berpihak kepada BN, PKR hanya mampu pertahankan Permatang Pauh dengan undi majoriti lebih dua ratus sahaja dan sebahagian besar disumbangkan dari DUN Permatang Pasir yang berjaya dipertahankan Pesuruhjaya PAS ketika itu Allahyarham Hamdan Abdul Rahman. Di DUN Penanti calonnya Ketua bahagian PKR Permatang Pauh Anuar Shaari kalah. Anuar adalah anak tempatan dan mempunyai jaringan keluarga di kawasan tersebut.
Penanti bukan kubu pembangkang seperti Permatang Pasir, UMNO pernah menang di situ pada 2004, kali ini pun, saya yakin UMNO boleh menang balik. Jika benar Wan Azizah hendak bertanding di Pematang Pasir, ia seperti menikam PAS dari belakang dan menjadi bukti kedudukan PAS di Pulau Pinang.
Salleh Man walaupun menang dalam PRK Pematang Pasir tidak dilantik ke jawatan yang dijanjikan Anwar dalam kempen pilihanraya, itulah taraf PAS, habis madu sepah dibuang. Wan Azizah tidak boleh bertanding kerusi Parlimen kerana meletak jawatan sebagai MP Permatang Pauh pada 2008. Azizah berbuat demikian selepas PRU12 untuk memberi laluan untuk Anwar yang ketika itu diselubungi skandal liwat kedua untuk bertanding pilihanraya, menang dan dilantik ketua pembangkang.
Jika Azizah serius untuk bertanding, PKR mungkin satu2nya parti yg kononnya memperjuangkan demokrasi di dunia yg mana suami, isteri dan anak semuanya bertanding pilihanraya serentak. Walaupun kita melihat ada politik berdasarkan jurai keluarga di Amerika, India, Pakistan, Thailand, Indonesia dan lain-lain negara tetapi tidak pernah ada yg serentak satu keluarga dalam satu masa.
Sebab itu ramai yg ketawa melihat gelagat keluarga Anwar ini hingga ada yang cipta term ‘the house of Anwar’ bagi mengambarkan berapa banyak anak beranak, saudara mara dan sahabat handai dalam satu2 organisasi secara serentak. Nampaknya kalau mereka menang dan tawan Malaysia, mesyuarat Kabinet boleh buat sambil makan malam kat rumah Anwar. Baru betul kabinet dapur.
Pelik politik parti yg kononnya juara demokrasi ini, hanya dipimpin oleh anak beranak dan sahabat handai dan bekas2 pegawai Anwar, macam Azmin dan Dr Mansor Othman. Selain itu yg selamat juga adalah peguam2 Anwar macam R Sivarasa dan N Surendren. Dinasti keluarga dalam DAP pula dilihat menerusi Lim Kit Siang, anaknya Lim Guan Eng dan isteri beliau,Betty Chew adalah wakil rakyat.
Di Perak,keluarga Ngeh Ko Ham dan Nga Kor Ming adalah taiko utama DAP negeri itu. Jangan lupa Karpal Singh dan anak2nya. Dalam sejarah UMNO, tidak pernah ada anak beranak yg bertanding serentak dalam satu pilihanraya. Datuk Seri Najib Tun Razak masuk politik pada usia muda, tapi hanya selepas ayahnya meninggal dunia mengejut dan dia bertanding sebagai pengganti, sebagai penghormatan, beliau menang tanpa bertanding sebab pembangkang tak letak calon pun. Mukhriz masuk politik selepas Tun Dr Mahathir bersara. Hishamuddin Tun Hussein juga selepas ayahnya yang juga perdana menteri ketiga meninggal dunia.
Dalam kata lain, jangan cakaplah pasal demokrasi jika anak bini berkuasa dan boleh buat apa saja dalam parti yg kita tubuhkan sendiri dan menyandang jawatan yg tidak dipilih oleh ahli. Akhirnya, baguslah Wan Azizah bertanding, di mana-mana pun sama, samada di Pulau Pinang atau Selangor, sebab boleh masuk Malaysian Book Of Record sebagai satu-satunya keluarga yang laki bini dan anak bertanding dalam satu pilihanraya di negara ini.
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.