Tuesday, September 25

TERKINI KEPUTUSAN TAK RASMI #PRKUSM #PRKampus


Pengiraan undi kini sedang dijalankan,tapi yang best kat sini adalah pengundian dijalankan secara manual...Berikut adalah keputusan tak rasmi ek...

Kampus Induk UMUM 6/6

 Kampus Kejuruteraan 7/7

Kampus Kesihatan 4/7. 

Aspirasi Mahasiswa mendahului.

45 kerusi dipertandungkan melibatkan kerusi umum dan fakulti daripada kampis induk, Fakulti perubatan dan kejuruteraan USM.9 kerusi umum manakala selebihnya adalah kerusi fakulti.3 kerusi umum dimenangi tanpa bertanding manakala 18 kerusi fakulti dimenangi oleh pro-Aspirasi.



Tapi ada kejutan di Universiti Malaya,,,, 
KUALA LUMPUR 25 Sept. - Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaya berlangsung sengit apabila kumpulan Penggerak dan promahasiswa masing-masing mendakwa memenangi pilihan raya kampus universiti itu, di sini hari ini. 
Kumpulan promahasiswa mendakwa mereka memenangi 22 kerusi berbanding 19 kerusi yang dimenangi kumpulan proaspirasi daripada 43 kerusi keseluruhan yang dipertandingkan. 
Bagaimanapun ia dinafikan oleh Penggerak yang mendakwa kumpulan itu hanya memenangi 20 kerusi kerana dua lagi kerusi dari Fakulti Undang-undang merupakan calon Bebas sementara dua lagi kerusi iaitu bagi Fakulti Pendidikan serta Fakulti Sains Komputer dan Teknologi berkeputusan seri dan akan dipertandingkan semula. 
Keputusan di UM menyaksikan kumpulan Penggerak memenangi 19 kerusi, promahasiswa (20), bebas (2) dan dua lagi kerusi seri. 
Pemilihan kali ini menyaksikan 9,643 pelajar atau 42.12 peratus daripada keseluruhan 22,883 pelajar yang layak, keluar mengundi. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.