Marah dengan perbuatannya, orang ramai yang berada berhampiran tapak program Jelajah Merdeka Rakyat, menyerbu ke arah lelaki itu sehingga keadaan menjadi kecoh.
Beberapa anggota polis yang berkawal di tempat kejadian pantas menyuraikan kekecohan sebelum menahan dan membawa lelaki itu Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD).
Susulan kejadian itu, laporan polis dibuat Pemuda UMNO dan Belia 4B Jasin jam 6.30 petang di IPD berkenaan. Hadir sama, Ketua Pemuda UMNO Jasin, Zaidi Attan dan Timbalan Pengerusi Gerakan Belia 4B Jasin, Zulkifli Kalil.
Ketua Polis Melaka, Datuk Chuah Ghee Lye ketika dihubungi mengesahkan menahan seorang pengawal sebuah syarikat keselamatan yang ditugaskan untuk mengawal Anwar.
Tak pernah aku tengok episod macam ini kat negara kita. Terror betul macam Mafia di Itali. Hebat betul, itu belum memerintah lagi. Kalau dapat memerintah kalau mampus orang dia tembak. Ini lah yang selalu kata kat orang tu zalim las las diri sendiri yang zalim lagi ganas.
ReplyDeleteKata hati :- Nanti kau PRU 13 nanti.