Bila cuti musim perayaan kali ini topik paling hot diperkatakan apabila bertemu rakan-rakan yang pulang beraya dikampung halaman adalah AES.Ada yang menyokong dan ada pulak yang mempersoalkanya....Tapi Kementerian Pengangkutan menyatakan ianya telah dikaji tapi Kaedah Penguatkuasaannya tidak menepati citarasa pengguna...
Kementerian Pengangkutan berusaha sedaya upaya untuk menghadapi rungutan tetapi perasaan tidak puas hati terus saja timbul walaupun ia dilaksanakan dengan tujuan mendorong pengguna jalan raya lebih bertanggungjawab apabila memandu.
Dikatakan kerajaan telah meneliti sistem itu sejak 2003 lagi dan mendapati lebih 90 negara di seluruh dunia sudah melaksanakannya hingga ada yang mendapati ia berjaya mengurangkan kejadian kemalangan jalan raya sehingga 60 peratus.
Bagaimanapun, kerajaan juga menyatakan bahawa sistem itu diadakan bukan bertujuan menghukum pemandu tetapi ditujukan hanya kepada mereka yang tegar melakukan kesalahan dengan harapan penguatkuasaannya boleh mendorong mereka mengubah corak memandu supaya sentiasa mematuhi peraturan jalan raya.
Ramai pemandu, baik kenderaan awam, teksi, lori dan bas dan penunggang motosikal tidak menghiraukan pengguna jalan raya lain dan hanya mementingkan diri sendiri saja. Kementerian Pengangkutan menjamin bahawa isyarat mengenai wujudnya kamera diadakan secukupnya untuk memberi amaran awal kepada pemandu mematuhi had laju. Malangnya ia berupa janji saja kerana tanda amaran awal tidak terdapat di semua tempat. Misalnya di Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) kira-kira 200 meter selepas persimpangan dari LDP menghala ke Bangi dan Semenyih, papan tanda amaran tidak jelas. Malah tanda had laju di situ juga tidak kelihatan.
Sebagai sebuah lebuh raya tentunya pengguna menganggapkan had lajunya ialah 110km/j tetapi bagi laluan itu hingga ke persimpangan ke Uniten (Universiti Tenaga) ia adalah hanya 90 km/j saja. Ini menimbulkan kesangsian kenapa diwujudkan had laju berbeza untuk lebuh raya dengan tanpa tanda yang jelas lagi kerap?
Kononnya bagi kawasan di mana lebuh raya melintasi sebuah bandar atau perkampungan had lajunya hanya 60km/j saja seperti laluan PLUS di Jitra tetapi bagi SKVE ini ia tidak pula melalui perkampungan atau bandar di situ. Maka timbul persoalan kenapa had laju berbeza, ditambah pula tanda hadnya tidak jelas atau diperbanyakkan. Di sepanjang beberapa kilometer SKVE itu hanya ada satu saja tanda had laju 90 km/j.
Ini memberi gambaran seolah-olah pihak berkuasa sengaja mahu memerangkap pemandu. Tanda had laju sepatutnya diadakan dengan lebih kerap dan terpampang supaya boleh dilihat dengan mudah memandangkan lebuh raya kita mempunyai had laju yang berbeza.
Persoalan juga timbul kenapa usaha ini pun diswastakan kerana umum mengetahui penswastaan beberapa projek demikian seperti PLUS dan projek penjanaan elektrik lebih memihak kepada syarikat yang berterusan mengaut keuntungan melampau.
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.