Wednesday, October 3

CHEGU BARD DAH TAKUT DENGAN BLOGGER PENANG? @DzainalAbidin


Dakwaan serkap jarang telah dibuat oleh Chegu Bard mengenai sorang blogger Penang.Kenapa pulak chegu Bard kecut teloq dengan dedahan blog Penggempur Mutiara..Mungkin dah kantoi dengan dedahan panas sebelum ini..

Untuk makluman Chegu Bard dan pencacai pembangkang individu didalam gambar itu bukanlah Blogger Penggempur Mutiara dan tuduhan ini mencerminkan kebodohan Chegu Bard sendiri membuat tuduhan tanpa usul periksa dan kesian kepada mamat yang berbaju kotak tue....Kena fitnah dan macam mana nak cari makan lepas nie???? Nasihat MKP kepada Chegu Bard selidik dulu......Macam nie ke pemimpin yang bakal diangkat oleh PKR untuk memimpin tapi membuat tuduhan serkap jarang? Memalukan!!!!




Ini adalah bukan kali pertama Chegu Bard Kantoi tapi dah banyak kali dah yang paling menarik MKP pernah ingat ialah mengenai cincin 24 juta DS Rosmah...

Setelah kantoi dalam isu untuk fitnah dakwa isteri Perdana Menteri,Datin Seri Rosmah Mansor beli cincin berharga RM24 juta,puak pembangkang terus tak boleh tidor malam mengigau nak cari apa lagi ‘cerita’ yang boleh buat orangramai geram dan terbakar hati dengarnya.

Terbaru blog-blog pembangkang ( Malaysiakini , Keadilan Daily ) tidak pandang kiri kanan lagi dan main rempuh saja bila tersebar satu keratan akhbar Australia yang melaporkan DIPERCAYAI anak perempuan Perdana Menteri berbelanja sakan sampai dekat RM200,000 di sebuah pusat beli belah terkemuka di Perth semasa ikut serta Datuk Seri Najib menghadiri Persidangan Kemuncak Ketua-ketua Kerajaan Komenwel (CHOGM) di situ minggu lalu.

Sekalipun kesahihan berita itu yang disiarkan dalam akhbar The Western Australian itu belum dapat disahkan,puak-puak pembangkang termasuk calon yang kalah dalam pemilihan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Badrul Hisham Shahrin (Chegu Bard) sudah melenjit menghentam Perdana Menteri seolah berita itu benar dah sahih.

Isu utama di sini betulkan ada mana-mana anak Perdana Menteri ikut serta ke sidang CHOGM di Perth?

Tolong minta puak-puak ini check fakta itu dulu sebelum melenjit nak kenduri belasah hanya berasaskan laporan akhbar berkenaan yang terang-terang menulis WHILE MALAYSIAN PRIME MINISTER’ S DAUGHTER IS BELIEVE TO HAVE SPENT AUD 60,000 IN DAVID JONES (pusat beli belah) .

Che Gu Bard & geng kenalah cepat-cepat cari tempat untuk sorok muka.Ini kerana satu sumber yang layak dipercayai memberitahu Agendadaily petang Isnin tidak ada seorang pun anak Perdana Menteri yang ikut serta ke CHOGM di Perth.

Sumber itu sendiri hairan bagaimana fitnah ini boleh direka.

“Memamg tidak ada...baik anak lelaki atau perempuan PM yang ikut ke Perth,” katanya.

Che Gu Bard yang galak bising dulu mengenai isu cincin 24 juta awal-awal lagi dalam blognya komen untuk sakitkan hati orangramai dengan berkata “ketika rakyat terus dibayah payah meneruskan kehidupan seharian keluarga pemimpin negara terus bermewah”.

“Rakyat makin terhimpit dengan kos kehidupan yang makin menggila. Regim penguasa semakin gagal mengawal kenaikan harga barang dan perkhidmatan malah dalam pada masa yang sama pelbagai cukai diperkenalkan terus menjerut rakyat. Rasuah dan pemborosan semakin menggila.

“Masih tidak mampu menjawab isu cincin RM 24.45 juta yang terkait dengan Rosmah Mansor kini muncul pula anaknya dengan imej begitu juga.”

Isu cincin RM24 juta yang tidak betul itu sudahpun dijawab sendiri oleh Najib semasa dalam interbiu dengan sebuah akhbar Indonesia baru-baru ini.
MKP Ayat Sempoi : Haaa dengan blogger pun hang kecut teloq ke Der?tunggu dedahan lepas nei pasti panas?

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.