Tuesday, October 2

Download Borang BR1M 2.0 - Bermula Pertengahan Oktober 2012

Download Borang BR1M 2.0 - Bermula Pertengahan Oktober 2012 Tak sangka ramai yang mencari untuk download online borang Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BR1M 2.0) yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri pada pembentangan Bajet 2013 yang lalu. Namun, borang BR1M 2.0 masih belum ada. So, kena bersabar sikit lagi.


Menurut sumber, Borang BR1M 2.0 boleh diperolehi bermula pertengahan bulan Oktober 2012 sebagaimana yang diumumkan oleh Timbalan Menteri Kewangan semalam.



Mengikut perancangan Kementerian Kewangan, pihaknya menjangkakan pemohon yang layak boleh mula membuat permohonan bulan ini manakala pembayaran wang bantuan RM500 (atau RM250 untuk bujang) akan dilakukan bermula Januari 2013.

Kelayakan Memohon BR1M 2.0

 Bantuan RM500
  • Berkeluarga.
  • Hanya ketua keluarga (atau seorang wakil) layak mohon.
  • Berpendapatan isirumah dibawah RM3,000 sebulan.
  • Isi borang yang disediakan.
  • Kemudian hantar beserta salinan kad pengenalan, slip gaji (bagi yang berkenaan) atau bukti pendapatan (bagi berkenaan).
 Bantuan RM250
  • Individu bujang
  • Berpendapatan bawah RM2,000 sebulan
  • Isi borang yang disediakan.
  • Kemudian hantar beserta salinan kad pengenalan, slip gaji (bagi yang berkenaan) atau bukti pendapatan (bagi berkenaan).

 Mereka Yang Sudah Memohon BR1M 1.0 (kali pertama yang lepas)
  • Tidak perlu memohon lagi.
  • Tunggu dapat duit sahaja.
Borang BR1M 2.0 dijangka boleh didapati secara percuma di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Jabatan Penerangan Malaysia, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) serta akhbar tempatan. 

Sebagai makluman, borang online yang dimuat turun di internet (biasanya di scan dan upload) juga boleh digunakan untuk membuat permohonan. Pihak LHDN tidak pernah menghalang penggunaan borang scan BR1M berkenaan. Jadi kami rasa ianya sama juga dengan BR1M 2.0 ini.


1 comment:

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.