Presiden Kelab Wartawan Muda Malaysia (KWMM), Dzulkarnain Mohd Taib berkatasiasatan itu perlu bagi mengetahui agenda pembangkang menjemput tiga peguam luar negara memberi taklimat kepada anggota Dewan Rakyat berkaitan prosiding mahkamahdi Perancis berhubung pembelian kapal selam tersebut.
Dzulkarnain juga mempersoal kemampuan pembangkang menanggung kos kehadiranpeguam terbabit, yang tidak diketahui sumbernya.
"Mereka adalah peguam profesional, dan kita sedia maklum bayaran dikenakan mengikut jam. Siapa yang membayar kos pengangkutan dari Perancis dan juga kos penginapan, kerana sudah pasti mereka tidak akan menetap di hotel tiga bintang," katanya.
Selain KWMM, NGO lain yang membuat laporan polis ialah Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Lembaga Kesedaran Pencegah Jenayah (LKPJ), Lembaga Pelindung Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).
Pada 3 Okt lalu, pemimpin Pakatan Rakyat Datuk Mahfuz Omar, R. Sivarasa danTian Chua mengadakan sidang akhbar di Parlimen memaklumkan Anwar menyampaikansurat jemputan kepada Bourdon dan rakan peguamnya, Joseph Breham serta OliverMetzner untuk memberi taklimat di Dewan Rakyat.
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.