Tuesday, October 23

LEMBU LAGI CERDIK DARI MAMAT NIE?


Kenapa pencacai PAS nie bawak lembu ke-Stadium semasa perlawanan bola-sepak final.Mungkin kerana taksub dengan idola gila meroyan PAS untuk memalukan UMNO akan tetapi mamat bodoh umpama lembu yang dibawanya ini tidak menyedari siapa yang menjadi tulang belakang kepada Persatuan bola Sepak Kelantan...

Sedangkan kibar bendera PAS dan pakai t-shirt "R" itu pun sudah menjadikan kita semua mual. Apa tidaknya, penat-penat Tan Sri Annuar Musa (TAM), salah seorang pemimpin kanan UMNO negeri membangunkan semula bola sepak Kelantan, sedap-sedap sahaja puak-puak kahak hijau ini hendak ambil nama.

OK kita kembali semula kepada isu gambar di atas. Cuba perhatikan lembu yang dibawanya itu. Kemudian, bandingkan pula dengan gambar di bawah ini:

 
 
Siapa boleh tolong jawab mengapa ilustrasi gadis-gadis hindu ini begitu menghormati si lembu sehinggakan boleh mengalungkan untaian bunga ke leher binatang tersebut?!!


 
Ya, inilah sebabnya mengapa orang Hindu tidak makan daging lembu. Mengikut kepercayaan mereka, lembu ini adalah binatang suci yang begitu berkait rapat dengan dewa-dewa mereka.

Habis itu, kenapa pula chai PAS itu kalungkan lembunya persis penganut Hindu?!!

Jawapan kepada persoalan ini tidak berapa pelik sebenarnya. Selain daripada baju dan logo "R" yang dipakainya itu telah menyesatkan akidahnya kepada dakyah KRISTIAN, maka tidak menjadi hal lagi kepada dirinya untuk mengikuti kepercayaan Hindu pula. Lagipun, bukankah ini semua hasil tarbiyah dan dakwah PAS yang berjaya selama ini ke atas PKR dan DAP?!!
 

 
Kalau PAS kata orang Islam WAJIB undi mereka, maka mengapakah semakin ramai pengikut mereka yang tergelincir akidah?!! Dan kalau mereka beribadat pun, bukanlah lagi untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT semata-mata. Semua itu hanyalah dengan tujuan sama ada untuk menghancurkan sesama Islam, ataupun sebagai riak bahawa mereka sahajalah yang lebih beriman.

Sebab itulah, Mat Sabu kata beliau lebih rela makan BABI bersama Guan Eng daripada makan ayam dengan DS Najib!

SUMBER 

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.