Kerajaan, katanya mempunyai kuasa terakhir sama ada perlu diambil tindakan fizikal dari segi undang-undang atau tidak.
"Saya akan lihat dahulu apa-apa laporannya, tetapi saya cenderung untuk mengatakan kita tidak wajar melayani apa-apa yang disohorkan menerusi internet yang melibatkan pornografi.Rais berkata walau bagaimana mana moden sekalipun rakyat pada masa kini, soal pornografi di internet dan budaya untuk mempopularkan pornografi sama ada secara langsung atau tidak adalah tidak wajar diberi tekanan dan digalakkan.
"Sama ada dapat disiarkan atau tidak itu bukan saya untuk tentukan, SKMM akan lihat dan saya akan ambil laporannya," katanya.
Alvin Tan Jye Yee, rakyat Malaysia yang mengambil jurusan undang-undang di Universiti Nasional Singapura dan teman wanitanya Vivian Lee mendapat perhatian ramai apabila mereka mempamerkan bahan lucah serta memasukkan gambar dan video aksi seks mereka di blog.
Stesen radio Red FM dan Capital FM yang menemubual pasangan itu bagaimanapun gagal menyiarkan rakaman temubual tersebut yang sepatutnya ke udara pada slot 2 petang semalam kerana tidak mendapat keizinan daripada SKMM.
Mengenai lagu 'Harapan Bangsa' nyanyian penyanyi terkenal Jaclyn Victor yang dikatakan menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini, Rais berkata kementerian akan menyiasat dan meneliti lirik lagu tersebut.
"Kita siasat dan jangan tiba-tiba ambil tindakan. Kadangkala sebutan itu mengandungi pengertian mendalam, kami boleh buat kajian itu dan akan laksanakan tuntutan orang ramai sekiranya diperlukan," katanya.
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.