Thursday, October 18

TAK TAKUT MATI KE SYRIA?



Sebut sahaja Kelab Putera 1Malaysia, perkara pertama yang terlintas di fikiran ramai orang adalah sumbangan dan bantuan yang telah dicurahkan, tidak kiralah di dalam atau di seluruh dunia.

Dari misi bantuan mangsa bencana di Kedah hinggalah misi bantuan ke Pakistan, Somalia dan New Zealand, nama Kelab Putera 1Malaysia amat harum sekali. Apa yang lebih menarik adalah puluhan misi membawa pulang rakyat kita dari Lombok, Indonesia.

Setelah pulang dari misi Ke-27 KP1M Di Myanmar yang sebelum ini penuh dengan ranjau dan halang sehinggakan tertangguh sebanyak 3 kali Datuk Azeez dah buat perancangan Misi ke-28 pulak...Tapi kali nie pergi ke Syria yang sedang bergolak dan berperang....Tak takut mati ke jika pergi kesana?...Kenapa Datuk Azeez dan KP1M bersusah-payah membantu Rakyat Syria...

Jawapan Datuk Azeez: Jika ada pihak yang melontarkan perkara negatif terhadap saya, saya tidak akan menganggap perkara itu serius, kerana apa yang saya lakukan adalah ikhlas. Setiap hari apabila saya bangun tidur, saya akan berfikir siapa yang akan saya bantu, apakah kerja-kerja kemanusiaan yang patut saya lakukan? Selagi apa yang termampu, saya akan lakukan yang terbaik demi masyarakat, selaras dengan slogan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu ‘Rakyat Didahulukan’.


Misi Bantuan Kemanusiaan ke Syria yang dianjurkan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) akan mengadakan program Korban Perdana di negara itu pada Hari Raya Aidiladha melibatkan lebih 191 ekor kambing dan kibas.
Presidennya, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, program tersebut adalah sebahagian daripada rancangan untuk membantu hampir 80,000 rakyat Syria yang berada di pusat penempatan pelarian negara itu.
"Seramai 56 orang kumpulan pertama sukarelawan KPIM akan berangkat ke Syira pada Jumaat ini atas tujuan berkenaan," katanya.
Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan cek elaun kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) di Kompleks Rakan Muda di sini hari ini.
Abdul Azeez berkata, selain bantuan makanan dan peralatan untuk pelarian, pihaknya akan mengagihkan selimut khas yang dibawa dari New Delhi, India kepada rakyat Syria.
Beliau yang baharu pulang daripada Misi Kemanusiaan di Myanmar berasa gembira kerana terus diberi kepercayaan mengetuai misi ke Syria pula. 
Katanya, semua sukarelawan terbabit akan berada di bumi Syria dan memasukinya melalui Jordan selama 13 hari dari 19 hingga 30 Oktober ini.
Abdul Azeez berkata, misi yang turut membawa nama Malaysia itu amat penting dan mendapat kepercayaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. 
Dalam pada itu, Abdul Azeez yang juga Ketua UMNO Bahagian Baling memberitahu, sebanyak lima ekor kerbau akan dikorbankan pada Aidiladha di hadapan pejabat Penyelaras Parlimen Baling.
MKP Ayat Sempoi : Janji mesti ditepati Datuk Azeez!!!!!Jangan Buat Lupa Sudah le,,,,,, 

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.