Monday, October 1

TUNKU AZIZ SIFATKAN GUAN ENG PUTAQ-BELIT MASTER?


Tunku Abdul Aziz adalah satu-satunya anak Melayu menduduki jawatan tertinggi dalam DAP iaitu, Naib Presiden parti itu dan dilantik senator sejak 2009.

Bagaimanapun, khidmat senatornya tidak disambung oleh DAP dipercayai akibat bantahan terbukanya terhadap perhimpunan BERSIH 3.0.

Bagaimanapun, beliau mendedahkan isu bantahan terhadap BERSIH 3.0 itu sebenarnya sengaja dimanipulasi Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.


Guan Eng memang pandai pusing memusing. Saya kata dengan beliau, saya tidak dapat menerima jika sesuatu perkara itu melanggar undang-undang. Tapi beliau kata lain pada umum, tukar cerita kata Tunku Aziz sebenarnya menentang BERSIH.

Perkara sebenar beliau senyapkan. Orang ingat saya anti hak asasi manusia. Itu tidak benar. Guan Eng telah putar belit cerita demi kepentingan beliau.

Justeru, beliau melabelkan Guan Eng sebagai seorang pemimpin yang bongkak dan sombang kerana ia terbukti melalui pemerintahan beliau di Pulau Pinang.

Menurutnya, Guan Eng amat sukakan pujian tetapi tidak boleh menerima sebarang kritikan dan akan menyalahkan Ketua Menteri terdahulu, Tan Sri Koh Tsu Koon jika berdepan dengan sebarang tuduhan.

Guan Eng adalah seorang manusia yang bukan sahaja bongkak dan sombong malah merupakan seorang yang suka mengambil pujian atas hasil usaha orang lain tanpa sedikit pun rasa bersalah.

Beliau juga jenis yang tidak boleh menerima kritikan dan suka menyalahkan orang lain. Sehingga hari ini, sekiranya ada perkara yang tidak disennagi oleh masyrakat Pulau Pinang, dengan segera beliau akan menyalahkan Ketua Menteri terdahulu.

Terbaru, Tunku Aziz berkata, tindakan Guan Eng yang ingin menukar nama Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang kepada Lapangan Terbang P Ramlee hanyalah disifatkan sebagai satu lagu permainan politiknya semata-mata.

Guan Eng sepatutnya membantu keluarga P Ramlee yang dihambat kemiskinan sekiranya Ketua Menteri Pulau Pinang itu benar-benar berjiwa rakyat.

Sekiranya dia benar-benar ikhlas, saya cadangkan kepada beliau untuk membantu keluarga P Ramlee yang dihambat kemiskinan.

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.