Ungkapan ini patut diberikan pada pihak yang memilih setuju walaupun tidak setuju dengan sistem perlaksanan AES....
Malahan sejak sistem itu dilaksanakan bulan lalu, banyak blog yang telah menyuarakan bantahan berhubung pelaksanaan sistem tersebut dengan alasan ia membebankan pengguna dan rakyat.
MKP tidak faham di mana "penganiayaan" kerajaan terhadap rakyat ekoran penggunaan AES ini. Mungkin mereka (termasuk wakil-wakil rakyat) hanya melihat jumlah saman yang dikutip hasil sistem tersebut, tanpa melihat sudut positifnya.
Kita semua maklum kadar kemalangan dan kematian di jalan raya di Malaysia antara yang tertinggi di dunia. Menurut kajian oleh Forum Pengangkutan Antarabangsa Paris, dicatatkan bahawa 30 negara mencatatkan penurunan kadar kematian jalan raya dari tahun 2000 hingga 2009, kecuali tiga negara iaitu Argentina, Kemboja dan Malaysia.
Daripada kajian melibatkan semua negara, Malaysia berada di kedudukan paling atas dengan kadar kematian tertinggi iaitu seorang bagi 100,000 penduduk.
Berdasarkan 23.8 kematian bagi setiap 100,000 penduduk tahun lalu, kadar kematian akibat kemalangan di Malaysia adalah 6.3 kali lebih tinggi berbanding dengan United Kingdom, Sweden dan Belanda.
Ini bermakna bahawa 6.3 kematian di Malaysia bagi setiap satu nyawa penduduk UK pada tahun lalu.
Malahan kalau dilihat secara rambang, jumlah kemalangan dan kematian meningkat setiap kali sambutan perayaan saban tahun. Pelaksanaan Ops Sikap sebeklum ini ternyata gagal mendidik dan mendisiplinkan para pemandu kita dan semua pihak bimbang dengan keadaan tersebut.
Anehnya ketika mereka bimbang dengan kadar kematian yang tinggi di jalan raya, mereka juga menolak usaha mengurangkan statistik tersebut. Pelaksanaan AES sudah terbukti berjaya mengurangkan masalah tersebut di negara-negara maju seperti Singapura, Australia dan Amerika Syarikat tetapi kenapa ia ditentang?
Jika isu AES dimainkan oleh kalangan pembangkang kerana memang menjadi lumrah bagi mereka menafikan segala usaha kerajaan semata-mata mahu memburukkan usaha tersebut di mata rakyat. Tetapi apabila wakil-wakil rakyat kerajaan sendiri mendesak AES dihentikan dan blog-blog prokerajaan juga tidak putus-putus menyerang Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan AES, membuktikan bahawa para pemandu di Malaysia ini tidak suka dikawal, apatah lagi oleh sistem "perangkap" automatik seperti AES.
Mereka hanya memandang wang yang terpaksa dikeluarkan untuk membayar saman tetapi tidak melihat jumlah nyawa yang melayang setiap hari di jalan raya. Mana lebih bernilai, wang atau nyawa?
Kenapa mereka tidak melihat AES adalah salah satu alat untuk mendisiplin para pemandu di Malaysia? Apabila adanya kamera di sepanjang jalan raya dan lebuh raya, sudah pasti pada pemandu akan memandu mengikut had kelajuan yang ditetapkan kerana tidak mahu disaman.
Lambat laun, daripada takutkan saman sikap memandu berhemah akhirnya membudaya dalam diri kalangan pemandu dan sekali gus mendisiplinkan para pemandu kita.
Malangnya mereka tidak melihat semua itu. Apa yang dilihat hanya dari satu sudut - saman - dan bukannya dari sudut yang lain - mendidik. Inilah masalahnya dalam kalangan rakyat di negara ini. Jika inilah pemikiran rakyat kita, termasuk para wakil rakyat, saya percaya sampai bila pun kita tidak mampu mengubah sikap pemandu kita.
- Posted using BlogPress from my iPad
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.