Anwar menyalahkan UMNO pulak bila anak kesayangan dihentam kerana mulut Nurul sendiri yang celupar....Pepatah melayu telah menyatakan terlajak perahu boleh diundur akan tetapi kerana mulut badan binasa....Tangungglah sendiri natijahnya.sudah menjadi modus operandi Parti Anak Beranak ini bila tersepit umpama anjing mula-lah nak mengigit tapi yang peliknya UMNO menjadi kambing hitam untuk menyelamatkan diri...apa kejadahnya pemimpin zuhud naik basikal tua cuba bermain wayang drama swasta melayu dulu kala...
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menerima arahan daripada Umno agar mensensasikan isu kenyataan yang dibuat oleh anaknya, Nurul Izzah.
Beliau berkata Umno terdesak sehingga sanggup memainkan isu sensitiviti agama sebagai alat politik.
"Umno terdesak. Saya rasa Jais terima panggilan dari Umno untuk panggil Izzah," katanya ketika ditemui pemberita di Lobi Parlimen.
Jais semalam memberitahu pihaknya mungkin akan memanggil Izzah untuk siasatan lanjut jika sekiranya ucapan Naib Presiden PKR itu sebelum ini bertentangan dan melanggar Majlis Fatwa.
Antarapos cuba mendapatkan reaksi dari Pengarah Jais, Datuk Marzuki Hussin, namun usaha itu gagal apabila kami diberitahu beliau tidak berapa sihat.
Dalam pada itu, Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata beliau bersedia untuk memberi kerjasama kepada Jais, jika dipanggil bagi membantu siasatan.
Bagaimanapun, beliau menegaskan akan turut sama mengheret akhbar Utusan Malaysia yang padanya bertanggungjawab mensensasikan isu itu.
Difahamkan Izzah kini dalam pertimbangan untuk menyaman media yang kononnya memutarbelitkan kenyataannya sebelum ini.
Untuk rekod, Izzah pada Sabtu lalu menjadi panel sebuah forum anjuran pergerakan Kristian di Subang.
Beliau ketika menjawab soalan lanjutan daripada hadirin yang datang berkata kebebasan memilih agama perlu sama rata, tidak terhad kepada bukan Islam semata-mata.
"Tidak harus ada paksaan di dalam agama. Bagaimanakah seseorang itu boleh berkata maaf.. ini (kebebasan agama) hanya untuk bukan Melayu. Ia (sebenarnya) harus dilaksanakan sama rata (untuk semua kaum),” Nurul Izzah dipetik sebagai berkata.ANTARAPOS
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .