Anggota Exco kerajaan negeri Selangor Ronnie Liu Thian Kiew hari ini dicabar supaya meletak jawatan sekiranya tidak dapat menangani isu projek kondominium berdekatan Batu Caves yang mendapat bantahan keras daripada pelbagai pihak.
Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Alam Shah M.Manoharan berkata projek pembinaan kondominium 29 tingkat itu yang dirancang dibina berhampiran bukit batu kapur, dilihat menjejaskan kawasan dan penduduk di sekitarnya.
"Adakah Yang Berhormat Pandamaran bersedia meletak jawatan sekiranya projek kondominium ini tidak dapat dibatalkan kerana ia dilihat mengancam agama Hindu dan struktur kuil Batu Caves berumur 100 tahun," katanya ketika mengemukakan soalan tambahan kepada Ronnie Liu (DAP-Pandamaran) pada persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor.
Ronnie Liu yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan negeri berkata isu letak jawatan tidak timbul sebab kerajaan negeri telah pun mengeluarkan arahan untuk memberhentikan sementara projek pembinaan itu dan satu jawatankuasa bebas ditubuhkan bagi mengkaji kelulusan projek.
Katanya kajian awal pihaknya mendapati pemaju projek kondominium itu tidak mematuhi syarat-syarat tertentu yang ditetapkan dalam kelulusan pembangunan dan kerajaan negeri mempunyai hak memberhenti ataupun membatalkan projek itu tetapi perlu dibuat secara profesional.
Ronnie Liu berkata projek kondominium itu mendapat permit penjualan pengiklanan dan sebanyak 60 peratus daripada sejumlah 400 unit rumah telah dijual.
Projek pembinaan kondominium itu mendapat perhatian apabila Jawatankuasa Kuil Sri Subramaniam Swamy Devasthanam Batu Caves melakukan bantahan terhadap projek berkenaan yang didakwa akan menjejaskan pemandangan dan struktur kuil berkenaan.
Justeru kerajaan Selangor mengarahkan pemaju untuk menghentikan pembinaan kondominium itu untuk memberi laluan kepada siasatan dijalankan.
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.